Kekayaan Kakak Aliff Syukri, Yatie Kamarzaman Dipersoal? – “Sumber Pendapatan Kami Dari..”

Kehidupan

Kekayaan Kakak Aliff Syukri, Yatie Kamarzaman Dipersoal? – “Sumber Pendapatan Kami Dari..”

Usahawan, Yatie Kamarzaman, tampil memberikan penjelasan selepas ada individu mempersoalkan kemewahan yang sering dikongsikannya di media sosial.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Yatie menegaskan bahawa dirinya tidak mengamalkan konsep bisnes keluarga.

Advertisement

Menurutnya, walaupun ramai melihat Datuk Seri Aliff Syukri dan Bonda Rozita Ibrahim mempunyai empayar perniagaan masing-masing, namun semua ahli keluarga sebenarnya menguruskan perniagaan sendiri.

Sebenarnya, walaupun korang nampak Aliff Syukri dan Bonda ada bisnes tapi kami bukan bisnes keluarga.

Masing-masing dengan bisnes sendiri. Kalau Aliff Syukri dengan isterinya, saya dengan suami dan Bonda Rozita secara solo. Kalau pelaburan, mungkin mereka ada.

Yatie turut mendedahkan bahawa sumber pendapatan utamanya bukanlah sepenuhnya daripada perniagaan, sebaliknya daripada hasil pelaburan yang diusahakan.

Kalau macam saya, gaji diperoleh daripada pelaburan. Tidak sepenuhnya kita dapat gaji dari bisnes.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Yatie untuk berkongsi jenis pelaburan yang dilakukan agar dapat dijadikan panduan dan inspirasi kepada usahawan lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-12 16:38:50

"Melanggar Hukum Alam Sains.." - Bentang Fakta, Individu Bidas Dakwaan Jenazah Zara Masih Dalam Keadaan Utuh Dan Berbau Wangi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...