Tahukah anda bahawa Nabila Huda dan Nas-T kini adalah pasangan kekasih? Mereka baru sahaja mula bercinta baru-baru ini. Kalau anda ada melihat Instagram Nabila Huda, pasti anda akan perasan gambar mereka berdua yang sering dikongsi oleh Nabila.
Dan sudah tentu selaku seorang kekasih, Nas-T amat gembira dan bangga dengan kemenangan Nabila Huda semalam di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular. Kata Nabila Huda kepada portal GUA:-
Hubungan cinta saya dan Nas-T baru sahaja bermula. Sudah tentu dia berasa cukup gembira apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Dia juga bangga dapat menjadi lelaki yang berada di samping saya ketika saat-saat ini. Sebagai teman lelaki dan juga sahabat yang sudah lama saya kenali, Nas-T banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya. Dia tahu minat saya dalam bidang lakonan macamana
Sementara itu banyak pihak yang mengkritik tindakan Nabila Huda memeluk Fizz Fairuz dan Tomok apabila diumumkan sebagai pemenang. Namun menurut Nabila, itu adalah aksi spontan dan pelukan tersebut tidak lebih daripada pelukan seorang sahabat.
Sebaik sahaja nama saya diumumkan sebagai pemenang, saya sebenar peluk semua orang sebelum naik ke pentas. Itu aksi spontan saya. Saya peluk Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat saya. Saya mengenali mereka sudah lama dan mereka tahu perjalanan kerjaya saya bagaimana. Kalau orang hendak mengata tindakan saya itu, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya tidak kisah pun kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Saya tak nak hipokrit. Ini adalah diri saya
Beberapa keping lagi gambar Nabila Huda di ABPBH2012 dengan membaca entri ini sepenuhnya.
P.S: Abang Nara baru 4 hari mencuba Aura White ini. Ada terasa sedikit perubahan terutama di kulit wajah. Jerawat sudah tidak timbul dan jerawat yang ada sudah kecut. Menarik kan? Impaknya memang pantas. Anda pun bolehlah cuba. Hanya RM150 dan ada banyak free gift. Untuk tempahan, boleh PM di Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/WhatsApp ke 013-594-7061.