Sejak terbuka berkongsi foto kekasih barunya di Instagram, ramai yang mendoakan agar perhubungan Elly Mazlein itu berjalan lancar dan semoga ada jodoh ke jenjang pelamin.
Namun, ramai juga yang tertanya, apakah yang membuatkan Elly kembali membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi? Jelas Elly, sebab utama beliau menerima jejaka itu adalah kerana kasih sayang ikhlas yang dicurahkan buat anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.
Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat. Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama.
Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Kalau dulu, dia tengok saja kalau ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia dah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain.
Tambah Elly, walaupun kekasihnya itu masih muda, beliau bagaimanapun mempunyai pemikiran yang sangat matang. Elly berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga segalanya dipermudahkan.
Sabri Ali @ Nick
November 13, 2018 at 7:23 pm
BUAT SEMUA SALURAN RADIO, MOHON PUTARKAN LAGU TERBARU ELLY MAZLEIN “JERITAN HATI” YANG SUDAH DILANCARKAN SEJAK TAHUN LEPAS LAGI! TAK PERLU MAINKAN SEMUA LAGU-LAGU BUNKFACE FAIZAL TAHIR AIZAT AMDAN TOMOK SIAPA SEMUA..
Gatai
November 13, 2018 at 4:45 pm
Ish aku lepas kawin masa belum ada anak pun tak pernah panggil suami aku papa …
mak bedah
November 13, 2018 at 4:18 pm
ngeri nye wajah kau
johnnyjohnnyyespapa
November 13, 2018 at 4:18 pm
gedik
tua tapi tak matang
perasan cantik
kecoh
tak bijak
selamat berbahagia selagi boleh gitugitugitugitugitugituuuuu
cuba try test
November 13, 2018 at 2:01 pm
kadang-kadang kan tengok artis malaysia update status dekat post masing masing macam budak sekolah yang tak matang. entahlah..