November 13th, 2018

Sejak terbuka berkongsi foto kekasih barunya di Instagram, ramai yang mendoakan agar perhubungan Elly Mazlein itu berjalan lancar dan semoga ada jodoh ke jenjang pelamin.

Namun, ramai juga yang tertanya, apakah yang membuatkan Elly kembali membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi? Jelas Elly, sebab utama beliau menerima jejaka itu adalah kerana kasih sayang ikhlas yang dicurahkan buat anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat. Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama.

Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Kalau dulu, dia tengok saja kalau ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia dah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain.

Tambah Elly, walaupun kekasihnya itu masih muda, beliau bagaimanapun mempunyai pemikiran yang sangat matang. Elly berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro


18 responses to “Kekasih Ikhlas Sayang Sefhia, Sebab Itu Pintu Hati Saya Terbuka Untuk Bercinta Lagi – Elly Mazlein”

  1. bodopiang says:

    janda2 kalau ada bf .. nak kawen satu je alasan .. sebab nak beri kasih sayang pada anak.. kah kah kah .. cakap je lah diri sendiri yg sangap ..
    kalau tak takkan nak pilih yg muda2 kacak dan bergaya …
    kah kah kah ..

  2. DEAR ALL RADIO CHANNELS, PLEASE PLAY ALL HER SONGS INCLUDING NEWEST SONG “JERITAN HATI” ALWAYS. AND PLEASE BAN ALL FAIZAL TAHIR, BUNKFACE, TOMOK, BLACK HANIFAH, AIZAT AMDAN AND ALL SINGAPOREAN SINGERS FROM AIRED ON ALL RADIO CHANNELS!

  3. LAGU BARU PENYANYI LAMA MACAM MISHA OMAR, SITI SARAH, DAYANG NURFAIZAH DAN DATIN ALYAH BOLEH PULA KE UDARA DI SEMUA SALURAN RADIO TAPI KENAPA TIDAK MAHU PUTARKAN LAGU TERBARU “JERITAN HATI” NYANYIAN ELLY MAZLEIN?

Loading...