June 25th, 2019

Kisah cinta pelakon Ruhainies dan kekasihnya Mr E memang sering mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, kecoh juga netizen bercakap mengenai jam tangan jenama Dior yang dipakai pelakon itu berharga RM17,000.

Ruhainies akui itulah harga sebenar jam tangan tersebut yang dihadiahkan oleh buah hatinya pada tahun lalu bersempena dengan hari jadinya.

Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan. Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.

Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja.

Bukan kali pertama dimanjakan dengan hadiah mewah, kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan pernah menghadiahkan Ruhainies sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka dan dia dilamar berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

Bertuah betul Ruhainies dapat seorang kekasih yang penyayang dan sering memberikan hadiah istimewa buatnya. Apa-apa pun, bukan nilai hadiah itu yang penting tetapi tanda ingatan dan cinta tulus ikhlas.

Sumber Berita : Harian Metro


34 responses to “Kekasih Hadiahkan Ruhainies Jam Tangan RM17,000”

  1. Android4477 says:

    Hmmm….apa cerita dia berlakon..saja tanya..sbb kalau Google.mesti dah dpt info…tapi sbb Nma keluar..takde naskah dlm industri yg buat org ingat..haruslah keluar citer2 lagu ni..takpelaan17k..cum duk main bagi jam..bagi bunga..bila.lagi nak jadikan yg halal?

    tanya2 soalan gini..nanti umat Meleis ckp holier than tho..udah2laaa..ada jugak.org bawang2 cam.ni yg benci dgn citer2 murah..berlakon tahap biasa….dont use the industries as platform to find wealthy husband and easy way out. Good luck dgn dunia lakonan..mudah2an ada naskah yg lebig bernas dan bagus utk dunia seni ko ruhanies oiii

  2. Maggie says:

    Tak heran pun lah setakat 17k je ..aku pun ada jam lebih mahal daripada tu..haha.

  3. Cik_Melah says:

    Takde ke cerita menarik pasal dia ni yang dikongsikan. Cerita pasal karier dia la khususnya sebab dah nama pun pelakon. Cerita kena propose dengan bf tu macam dah lama benar, takde ura-ura nak menikah ke? Sudah-sudah la propa pasal bf kau kaya. Kalau dia kaya dan cerdik alhamdulillah, tapi kau tu? Takat berlakon satu dua drama, lepas tu asyik gebang hal peribadi je!

  4. Anonymous says:

    akan jd kekasih yg disayangi bila bg hadiah yg mhl2.. akan jd isteri yg sweet luv sgt bila selalu husband ajak g melancong.. boleh la ootd atau update IG kat oversea..

  5. nani says:

    artis mesti couple businessman or type kaya raya eh..
    up semua mewah2, pastu dapatlah Datin segera..memang jodoh..tapi dah target kan.
    orang biashe2 memang tak mampulah nak tampung diorang kan

    • Anonymous says:

      artis2 nih dpt inspirasi dari ctdk…. tgk laaa alang2 rampas laki org dpt tinggal umah sebesar istana… hidup senang keturunan terjamin… org yg kutuk2 kejap jer ctdk dpt anak trus bertukar likessss….
      ingat kalo mcm ctdk tuh kawin org biasa2 bole dpt hidup mewah tah2 kene pakai baju ulang tiap2 thn..

Loading...