Written by Bella | June 25th, 2019

Kisah cinta pelakon Ruhainies dan kekasihnya Mr E memang sering mendapat perhatian ramai. Baru-baru ini, kecoh juga netizen bercakap mengenai jam tangan jenama Dior yang dipakai pelakon itu berharga RM17,000.

Ruhainies akui itulah harga sebenar jam tangan tersebut yang dihadiahkan oleh buah hatinya pada tahun lalu bersempena dengan hari jadinya.

Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan. Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.

Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja.

Bukan kali pertama dimanjakan dengan hadiah mewah, kekasihnya yang merupakan seorang ahli perniagaan pernah menghadiahkan Ruhainies sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka dan dia dilamar berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.

Bertuah betul Ruhainies dapat seorang kekasih yang penyayang dan sering memberikan hadiah istimewa buatnya. Apa-apa pun, bukan nilai hadiah itu yang penting tetapi tanda ingatan dan cinta tulus ikhlas.

Sumber Berita : Harian Metro

34 responses to Kekasih Hadiahkan Ruhainies Jam Tangan RM17,000

  1. Anonymous says:

    wow

    • Anonymous says:

      jam boleh bagi beribu, tp cincin sebentuk utk meminang terlalu berat utk si lelaki.
      paham2 jer la ye.ni soal kawen.

  2. joyah says:

    kejap joyah nak tanya, dia ni siapa ? popular ke ? cehh

  3. kosakai says:

    kesian nya dia ni.. sakai.. suruh kekasih awak belikan awak kelas, nak belikan jam mahal macamana pun, kalau dia bawa diri dia macam ni tetap juga dia ‘that kampung girl’ hahaha

  4. kelantit says:

    motif tutup gambar? kalau tak nak tunjukkan muka nya, alang2 jgn tunjuk gambar berdua. show off!!

  5. Anonymous says:

    PUIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!

  6. haihh says:

    jadi?????

  7. Onion says:

    berjaya kahwin pun belum tentu berkekalan, takyah misteri sangat. Perempuan perampas zaman ni bukan suka sangat laki bujang, taste diaorang laki beristeri. Biasanya akan mula menggoda suami masa si isteri mengandung/berpantang/sibuk dengan anak-anak.

  8. genggam says:

    tgk gmbr pkai jam tu..kekasih ati ruhainies cengkam peha dia mcm xnk lepas..peha tuuu

  9. sudahla says:

    shes trying hard to be beautiful.not natural beauty

  10. Anonymous says:

    show off.

  11. ROS bukan PUBG says:

    peragut2 smua dah boleh mark/ tango target skrg ni..
    hehehe

  12. melati says:

    Jam RM70 hinggit jer tu….!!! bukan dengki….tapi setakat ckp ..Haji Hadi pun terrer…lain lah tunjuk Bill rege jam tu RM17K…. puak2 PAS percaya lah…sebab Ulama2 PAS bodo2 belako…..kikikikikiki

  13. Anonymous says:

    Die ni dgn show off berpisah tiada.

  14. Get real says:

    17k pun nak tayang kat org. Pls la kat ofis aku berlambak org pkai jam tangan harga 100k lebih pun ada. The point is what are u trying to say? That u are so great ada bf bg jam tangan. Ingat bf je bukan laki lagi. Laki pun boleh terbang hilang

  15. Bawang says:

    Rilex la cik cik bawang. Seperti yg kita sedia maklum. Kawin ngandung, cerai. Kawin ngamdung dapat anak sorang drama sketsa cerai.

  16. Anonymous says:

    trying so hard untuk nampak mewah. bayangkan takjadi kawin nanti, mana nak sorok muka. deactivate ig terus gamaknya

  17. bong cit says:

    zaman ni artis wajib cari laki yg kaya raya tuk hidup…muka hodoh tolak tepi…nak2 bila job non hado…janji poket masyuk apa nak sumer dpt…

  18. kacak says:

    bosan betul la dengan gosip murahan camni. Apa takde benda lain ke nak cite. mcm bf ko sorang je la kaya. mcm drama melayu

  19. Anonymous says:

    Ai don’t mind sis ur BF nak bg hadiah kat u berapa mahal pun harganya. Janji dia bukan suami orang..i happy for u.

  20. wina says:

    Aku sll wonder org yg duit byk sgt ni, knp x kawen je terus? Bukannya mcm org biasa yg nk kne kumpul duit mcm nk rak. Dari dulu aku tgk ned – nora, dh bercuti sakan ke sana ke mari, pastu baru nikah. Adib – izara, dll. Now ruhainies & E.
    Bkn apa, sbb dh kehulu ke hilir, nnti x jd kawen kan malu. Kawen je lah dulu, pastu baru berkepit

  21. nani says:

    artis mesti couple businessman or type kaya raya eh..
    up semua mewah2, pastu dapatlah Datin segera..memang jodoh..tapi dah target kan.
    orang biashe2 memang tak mampulah nak tampung diorang kan

    • Anonymous says:

      artis2 nih dpt inspirasi dari ctdk…. tgk laaa alang2 rampas laki org dpt tinggal umah sebesar istana… hidup senang keturunan terjamin… org yg kutuk2 kejap jer ctdk dpt anak trus bertukar likessss….
      ingat kalo mcm ctdk tuh kawin org biasa2 bole dpt hidup mewah tah2 kene pakai baju ulang tiap2 thn..

  22. Anonymous says:

    akan jd kekasih yg disayangi bila bg hadiah yg mhl2.. akan jd isteri yg sweet luv sgt bila selalu husband ajak g melancong.. boleh la ootd atau update IG kat oversea..

  23. Cik_Melah says:

    Takde ke cerita menarik pasal dia ni yang dikongsikan. Cerita pasal karier dia la khususnya sebab dah nama pun pelakon. Cerita kena propose dengan bf tu macam dah lama benar, takde ura-ura nak menikah ke? Sudah-sudah la propa pasal bf kau kaya. Kalau dia kaya dan cerdik alhamdulillah, tapi kau tu? Takat berlakon satu dua drama, lepas tu asyik gebang hal peribadi je!

  24. Maggie says:

    Tak heran pun lah setakat 17k je ..aku pun ada jam lebih mahal daripada tu..haha.

  25. Android4477 says:

    Hmmm….apa cerita dia berlakon..saja tanya..sbb kalau Google.mesti dah dpt info…tapi sbb Nma keluar..takde naskah dlm industri yg buat org ingat..haruslah keluar citer2 lagu ni..takpelaan17k..cum duk main bagi jam..bagi bunga..bila.lagi nak jadikan yg halal?

    tanya2 soalan gini..nanti umat Meleis ckp holier than tho..udah2laaa..ada jugak.org bawang2 cam.ni yg benci dgn citer2 murah..berlakon tahap biasa….dont use the industries as platform to find wealthy husband and easy way out. Good luck dgn dunia lakonan..mudah2an ada naskah yg lebig bernas dan bagus utk dunia seni ko ruhanies oiii

  26. Lavendersoulful says:

    Materialistic… Bleh jer pun menolak n simpan duit 17k utk majlis kawin nnti.. Membazir tu amalan syaitan lah ngok….

  27. joe says:

    sorry ckp, kalau lelaki tu serius, dia terus masuk kawin…tpi tgk gaya, minah ni hanya stok penyedap dan geli2…

    • Haishh… Tak baik cakap buruk2 pasal orang mcm tu… Mungkin laki tu sibuk pasal bisnes dia kot yg tak boleh kawen lagi tu.. Depa kan dah bertunang… Tunggu masa ja nak kawen ja tu….

Leave a Reply to Bawang Cancel reply