“Kekasih Baru” Ayda Jebat Ini Memang Menggoda!!! Rasa Nak Dapatkan Hari Ini Jugak

Hiburan

“Kekasih Baru” Ayda Jebat Ini Memang Menggoda!!! Rasa Nak Dapatkan Hari Ini Jugak

Abang Nara percaya ramai pembaca Beautifulnara adalah pengunjung setia Watsons. Seminggu sekali kalau tak singgah Watsons, hidup rasa tak lengkap dibuatnya.  Kononnya tak nak beli apa-apa, tup-tup bila keluar, tangan penuh dengan beg plastik Watsons. Syampu la, pencuci muka la, sabun mandi la, skrub badan la.  Senang cakap, Watsons nie memang berhantu, lebih-lebih lagi sekiranya anda memiliki kad keahlian Watsons, yang memberikan macam-macam benda best buat para pemegangnya.

Advertisement

Sekiranya selama ini anda ber’shopping’ di Watsons tanpa menggunakan kadnya, maka anda memang rugi sangat-sangat. Namun masih belum terlewat untuk anda mendapatkan kad Watsons ini, lebih-lebih lagi  selepas pelancaran semula kad Watsons serba BARU bermula bulan April ini. Anda kini boleh memperolehi LEBIH banyak faedah,  LEBIH banyak ganjaran dan LEBIH banyak tawaran istimewa selaku pemegang kad Watsons baru ini.  Ayda Jebat pun dah ada kad Watsons baru nie. Takkan korang taknak kot?

Ok jom kita ushar apa yang best sangat tentang kad Watsons baru ini:-

  1. Ada 12 jenis faedah yang awesome!!!

5x mata ganjaran ketika bulan hari jadi anda, diskaun untuk ahli kad Watsons sahaja, RM1 untuk 1 mata ganjaran, keahlian seumur hidup, bayar dengan mata ganjaran, 5% diskaun untuk produk jenama Watsons dan banyak lagilah faedah-faedah best yang bakal menjadi milik anda apabila anda menjadi ahli kad Watsons. Kalau dulu hanya ada 8 jenis faedah, kad baru ini membawakan sehingga 12 jenis faedah. Banyak gila kan?

  1. Dapat voucher ganjaran bernilai RM5,000 bila sign up

Mak aih. Bila anda mendaftar sebagai ahli kad Watsons, terus akan dapat voucher ganjaran bernilai RM5,000. Bukan RM50, bukan RM500 tapi RM5,000. First time Abang Nara tengok ganjaran sehebat ini. Memang awesome sungguh.

  1. Peluang dapat 8x mata ganjaran Watsons

Sebagai pemegang kad Watsons yang baru, anda boleh melipatgandakan jumlah mata ganjaran sebanyak 8x dengan cara yang begitu mudah sekali. Anda hanya perlu buat pembayaran menggunakan applikasi Boost. Lagi banyak mata ganjaran, lagi banyak produk di Watsons yang anda boleh tebus secara PERCUMA.  Best kan?

  1. PERCUMA voucher RM10

Bukan itu sahaja, apabila anda membeli produk-produk kesihatan yang tertentu, anda akan diberikan voucher bernilai RM10 secara PERCUMA. Voucher ini kemudiannya boleh digunakan ketika anda membeli produk seterusnya di Watsons. Jimat kaw-kaw!!!

  1. Beli 1 Percuma 1

Apabila anda membeli sesuatu di Sakae Sushi, Hui Lau Shan, BBQ Chicken atau Dunkin’ Donuts, jangan lupa untuk tunjukkan kad Watsons anda. Ini kerana jenama-jenama ini telah bekerjasama dengan Watsons untuk promosi Weekly Buy 1 Free 1. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. (untuk Dunkin’ Donuts, korang kena tunjukkan kad Watsons beserta dengan kupon)

  1. Percuma 2,000 mata ganjaran dengan pembelian RM50 ke atas untuk produk jenama Watsons

Sehingga 29 April ini, anda berpeluang memperolehi 2,000 mata ganjaran Watsons secara PERCUMA apabila membuat pembelian bernilai RM50 dan ke atas untuk mana-mana produk berjenama Watsons. Inilah masa terbaik untuk kumpul sebanyak mana mata ganjaran yang termampu. Nanti mata ganjaran tue boleh digunakan untuk beli produk-produk lain pulak.

  1. Belanja RM60, dapat voucher ganjaran RM500

Last but not least, sebagai pemegang kad Watsons, anda cuma perlu berbelanja serendah RM60 di dalam satu resit untuk mendapatkan voucher ganjaran bernilai RM500 secara PERCUMA. Memang tak masuk akal, tetapi inilah kelebihan bila anda menjadi ahli kad Watsons. Terbaik kan?

  1. 60% diskaun untuk pembelian kedua

Selain itu ada juga promosi tak masuk akal sepanjang bulan April ini di mana setiap pembelian kedua oleh pemegang kad Watsons akan mendapat 60% potongan harga. Super duper menarik kan? Memang rugi lah tak rebut peluang ini untuk shopping sampai lebam kat Watsons.

  1. Menangi percutian 4 hari 3 malam ke Bali, Cherating & Maldives

Bersempena dengan pelancaran kad Watsons serba baharu ini, anda juga berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam untuk 2 orang dewasa ke Club Med Maldives, Bali dan Cherating. Selain itu ada juga hadiah-hadiah lain yang kebabom!!! Cara nak menang senang sahaja. Anda cuma perlu membeli produk kesihatan bernilai RM50 dan ke atas. Mudah gila kan?

Kesimpulannya, anda memang akan menyesal sekiranya tidak merebut peluang keemasan untuk menjadi pemegang kad Watsons serba baru ini. Untuk makluman, akan ada banyak lagi faedah-faedah, tawaran-tawaran dan ganjaran-ganjaran AWESOME yang bakal diberikan di masa hadapan. Semuanya boleh anda perolehi dengan menjadi ahli Watsons. Jadi tunggu apa lagi? Bersegeralah mendaftar dengan pergi ke Watsons berhampiran anda hari ini juga. Maklumat lanjut layari www.watsons.com.my 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...