Kekalkan Keselesaan Dalaman Dengan Laurier Fresh Protect Daun Sirih, Tak Perlu Lagi Risau Tentang Bau Period Sehingga 10 Jam!

Branded

Kekalkan Keselesaan Dalaman Dengan Laurier Fresh Protect Daun Sirih, Tak Perlu Lagi Risau Tentang Bau Period Sehingga 10 Jam!

“ Yayy.. Tak payah risau pasal bau period dah”

Setiap wanita mesti akan merasai pengalaman dan keadaan kitaran haid yang berbeza-beza. Salah satu perkara yang sering menjadi tumpuan dan membuatkan mereka merasa insecure ialah bau darah sewaktu period.

Tidak dinafikan, bila terdapat bau period yang kurang menyenangkan, ia boleh mengakibatkan seseorang itu berasa malu dan kurang selesa. Tambah pula, bila anda jenis kulit sensitif dan kerap rasa gatal pada bahagian faraj sewaktu period, memang berisiko untuk terkena jangkitan kuman pada bahagian hadapan faraj tu. Alamak!

Setiap tuala wanita mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita.

Tapi ada juga tuala wanita yang tidak tidak sesuai untuk dipakai dalam jangka masa yang lama  dan perlu ditukar dengan kerap. Leceh betul!

Haa..jangan risau! Beautifulnara nak share dengan anda satu rahsia macam mana nak pastikan keselesaan anda terjamin walau tengah datang bulan. 

Apa yang best, ia membantu memberikan kesegaran dan mengawal bau period sehingga 10 jam. So, anda tak perlu la rasa malu bila orang lain duduk dekat dekat dengan anda lepas ni! 

Ramuan Daun Sirih Bantu Mencegah 99.99% Pertumbuhan Bakteria

Kalau sebelum ni majoriti tuala wanita hanya fokus pada kelebaran dan ketebalan bagi mengelakkan kebocoran. Tapi kebanyakannya hanya boleh digunakan seketika akibat risau bau period yang kurang menyenangkan selepas beberapa jam penggunaan tuala wanita.

Kadang-kadang sampai kena tukar beberapa kali sebab nak pastikan bahagian intim tu hygiene dan bebas bakteria.. Sebab tu bila datang bulan, mood pun hilang dan confident pun tiada. Hurm..

Itu dulu.. Tapi sekarang tak lagi sebab  Laurier baru saja melancarkan produk terbaru mereka Laurier  Fresh Protect Daun Sirih.

Terdapat tiga variasi untuk edisi kali ini yang memfokuskan keselesaan penggunaan tuala wanita  pada  waktu siang dan waktu malam. Malah, produk terbaru daripada Laurier ini mempunyai saiz tuala wanita yang berbeza seperti 22cm, 25cm dan 35cm. Sesuai untuk semua wanita di luar sana!

Apa yang membezakan produk Laurier dan jenama lain adalah, Laurier Fresh Protect Daun Sirih ini ada Advanced Japan Technology dengan serapan pantas. Oleh sebab itu, teknologi ini membantu dalam mencegah 99.99% pertumbuhan bakteria, mengawal bau period sehingga 10 jam dan senang dicuci.

Tak perlu risau jika heavy flow, kuasa penyerapannya memberikan rasa kering serta merta. Bagusnya!

Khasiat Daun Sirih Sesuai Untuk Para Wanita

Bila bercakap mengenai bau yang tidak selesa bila datang bulan, daun sirih sangat terkenal sebagai agen untuk menyingkirkan atau menghilangkan bau yang tidak diingini.

Daun sirih ni sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kaum wanita terutamanya untuk penjagaan bahagian intim, antaranya, mengurangkan keputihan,mencegah pertumbuhan bakteria, mengekalkan bau yang wangi pada kawasan intim.

Fungsi utama daun sirih ialah mengurangkan kegatalan pada kawasan intim. Apabila anda sedang haid, terdapat banyak bakteria jahat terkumpul pada kawasan intim yang menyebabkan anda rasa gatal dana kurang selesa. 

Penggunaan daun sirih dalam tuala wanita sangat membantu untuk menyelesaikan masalah daripada pertumbuhan bakteria pada pertengahan kawasan faraj dan tuala wanita. Bahkan, daun sirih juga membantu untuk menjadi wangian semula jadi pada tuala wanita anda! Memang wow!

Laurier Teman Setia Anda Walaupun 10 Jam

Ramai yang menganggap ketidakselesaan berpunca kerana mereka sedang haid iaitu darah kotor yang keluar tidak menentu. Namun, mereka silap. Pemilihan tuala wanita yang tepat juga penting untuk menaikkan keselesaan diri.

Laurier Fresh Protect Daun Sirih diformulasi untuk menjadi ‘rakan karib’ anda ketika  menstruasi supaya anda bebas bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti. 

Laurier Fresh Protect Daun Sirih: Konfiden Kekal Steady!

Fuh, rasanya banyak yang kami dah kongsi dengan anda tentang tuala wanita ni kan? Anda kena sentiasa ingat yang semua wanita perlu kekal yakin dengan diri sendiri walaupun ketika datang bulan ataupun tidak. Oleh itu, Laurier Fresh Protect Daun Sirih akan menjadi rakan karib untuk menyelamatkan anda dan pastikan diri anda konfiden kekal steady sepanjang hari!

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk Laurier Fresh Protect Daun Sirih, anda boleh terus ke media sosial Laurier,  Facebook dan Instagram  mereka, okay!

Jadi, tak perlu tunggu lagi! Anda boleh dapatkan di Lazada atau  di mana-mana supermarket/ minimarket dan kedai runcit berhampiran.

Jom guna #LaurierFreshProtectDaunSirih untuk pastikan kawasan ‘private’ anda sentiasa wangi dan bebas bakteria! Barulah #konfidenkekalyakin!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...