Kekalahan Barisan Nasional Dalam #PRU14, Ini Pendedahan Mengejutkan Anak Rosmah, Azrene Soraya

Trending

Kekalahan Barisan Nasional Dalam #PRU14, Ini Pendedahan Mengejutkan Anak Rosmah, Azrene Soraya

Sebelum ini, Azrene Soraya Abdul Aziz, anak perempuan kepada Datin Seri Rosmah Mansor pernah menulis mengenai kisah hidupnya dan mendakwa abangnya, Riza Aziz telah ‘menjual roh kepada syaitan’. Terbaru, Azrene telah menulis pesanannya terhadap ibu dan ahli keluarganya setelah Barisan Nasional tewas dalam Pilihanraya Umum ke 14 apabila Pakatan Harapan yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dipilih untuk membentuk kerajaan.

Dalam tulisan dalam bahasa Inggeris itu, Azrene mendedahkan mengenai apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa tirinya untuk mendapatkan kuasa.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Azrene menulis:

Hari ini berakhirlah satu era pemerintahan kuku besi seperti doa ramai orang. Sewaktu membesar, saya pandang tinggi dua individu ini, sayang dan hormat pada mereka. Pernah satu ketika saya sanggup berjalan merentas lautan api untuk mereka. Tapi makin saya dewasa, saya lihat sendiri sikap pentingkan diri sendiri dan ketamakan mereka, lebih dari segalanya.

Saya alami sendiri penderaan emosi, fizikal dan mental di tangan individu sebelah kiri gambar. Saya tengok dengan mata kepala sendiri penderaan serupa yang dia lakukan pada individu belah kanan. Saya saksikan sendiri pencerobohan, persetujuan dan perjanjian yang mereka berdua lakukan untuk mendapatkan kuasa dan menyemarakkan ketamakan mereka.

Saya saksikan sendiri perjanjian-perjanjian rahsia yang dibuat oleh individu sebelah kanan. Wang dalam beg briefcase bertukar tangan, dibelanjakan macam air, bukan untuk kebajikan rakyat tapi untuk membeli barang kemas, merasuah pegawai, atau digunakan supaya mendapat lebih banyak kuasa.

Ada banyak sebab bomoh, tukang sihir dan doktor estetik keluar masuk  rumah saya, tapi selalunya berperanan untuk mempengaruhi dan menguasai rakan taulan dan ahli keluarga, atau mendatangkan mudarat pada individu yang berani menentang mereka. Banyak wang dikeluarkan ke akaun bank luar negara mereka untuk perbelanjaan peribadi. Peti besi penuh diisi barang kemas, batu permata dan wang tunai.

Tak seronok pun bila saya dijadikan seperti keldai untuk membawa wang tunai dan kasut kristal masuk dan keluar negara. Banyak kali saya cuba dijual untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, atau individu berkedudukan tinggi supaya mereka boleh mendapat faedah politik dan sosial.

Ketamakan dan sikap tinggi diri mereka semakin menebal dengan setiap langkah mereka mendekati kedudukan teratas. Tak ada apa yang dapat menghentikan pemerintahan kejam mereka waktu itu, tapi saya terus berada di sisi mereka kerana kesetiaan dan  tugas saya. Namun apabila kekejaman itu kemudian difokuskan kepada saya, dan saya tak dapat nak bertahan lagi, saya bawa diri. Dan di situ permulaan saya dipulaukan dari keluarga malang ini.

Apabila saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya setelah putus asa meyakinkan mereka untuk lepaskan saya, unit keluarga saya yang baru pula diganggu dengan layanan kejam dan menjatuhkan maruah oleh Rosmah Mansor dan mereka yang bekerjasama dengannya.

Tak ada siapa peduli apabila dia menggunakan pelbagai penjawat awam, jentera, pihak media dan ahli parlimen untuk mengganggu keluarga saya. Terlalu banyak cara kreatif lain yang digunakannya untuk menakut-nakutkan kami dan menutup semua peluang untuk kami cari makan bagi membesarkan anak-anak kami.

Semasa semua ini berlaku, beberapa kali saya cuba untuk meminta bantuan dari Perdana Menteri kita, tetapi tidak diendahkan. Malah, dia sendiri melenyapkan jejak yang ditinggalkan isterinya. Hanya dia seorang boleh membantu, tetapi dia enggan, dia tutup mata dan telinganya.

Dia terlalu takut pada pasangannya untuk membantu saya mahupun mempertahankan hak orang ramai apabila dia sedar sesuatu yang buruk telah menyelinap masuk ke dalam 1MDB. Sebaliknya, keluarga ini telah melakukan perbuatan menjijikkan dan pengkhianatan dengan melarikan wang orang ramai yang berjumlah berbilion dolar yang digunakan bukan saja untuk kepentingan peribadi malah untuk merasuah, melakukan ugutan, menyenyapkan, mencacatkan malah membunuh.

Hari saya tinggalkan rumah, saya telah memberi amaran, bahawa mereka hanya berkuasa kerana mereka diberi kepercayaan oleh orang ramai. Mereka berada di situ untuk berkhidmat kepada orang ramai,  bukan sebaliknya. Akan tiba suatu masa, orang ramai akan menghukum mereka berdua kerana penyelewengan yang dilakukan. Akan tiba masa Tuhan menghukum mereka kerana pengkhianatan yang dilakukan setelah bersumpah untuk melindungi orang ramai.

Hari ini, pesanan saya untuk anda berdua, untuk adik beradik saya yang bersekongkol dalam perbuatan ini, serta mereka yang bekerjasama dan berkonspirasi mengkhianati rakyat yang tidak bersalah untuk mendapatkan kemewahan ialah, anda dapat apa yang anda usahakan, tak berlebih dan berkurang.

Tuhan telah mengabulkan doa rakyat. Tuhan telah mengabulkan doa saya dan keluarga. Anda telah diketepikan.

Sebagai saudara yang ada pertalian darah dengan keluarga ini, saya berdoa supaya anda menggunakan pengalaman dan masa yang ada untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Semoga Dia mengasihani jiwa anda yang kelam. Hanya Dia punya kuasa untuk memaafkan anda semua.”

Tulisan ini dimuat naik oleh Azrene ke Facebook dan Instagram miliknya. Walaupun Instagram telah memadam muat naik itu atas alasan melanggar peraturan komuniti yang ditetapkan, Azrene memberitahu akan memuat naik semula di Instagram dalam masa terdekat. Tulisan itu masih boleh diakses di Facebook Azrene. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...