February 26th, 2020

Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair telah merentap separuh jiwa Bunga Citra Lestari. Peritnya kehilangan suami tercinta tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan sehingga kini penyanyi Indonesia itu masih lagi setia menziarahi pusara arwah suaminya.

bunga citra lestari mula kerja

Meskipun masih berduka, BCL nampaknya tetap profesional dan dikhabarkan akan mula meneruskan segala pekerjaannya yang tertunda sebelum ini. Difahamkan, dia bakal muncul di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating yang akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

Advertisement

Perkara itu disahkan oleh Rizky daripada Media Relation Fullcolor selaku penganjur konsert tersebut.

View this post on Instagram

Really Looking forward to performing in Jakarta this Saturday. Info & tickets @fullcolorparty www.fullcolorentertainment.com

A post shared by Ronan Keating (@rokeating) on

Advertisement

Ya BCL sudah mengesahkan akan meneruskan persembahan. Walaupun sedang berduka, BCL memastikan secara professional dirinya tetap tampil pada konsert itu.

BCL juga dikatakan bakal menggalas semula tugas sebagai juri Indonesian Idol 2020 selepas selesai majlis tahlil arwah suaminya selama tujuh hari.

bunga citra lestari konsert ronan keating

Bukan mudah untuk memulakan langkah meneruskan kehidupan selepas pemergian insan tercinta, teman suka dan duka. Namun, kami puji betapa tabahnya BCL yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya dalam bekerja meskipun hatinya masih bersedih. Kami doakan agar BCL terus cekal dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber Berita : Tribun News

Advertisement

17 responses to “Kekal Tabah, BCL Mula Bekerja Dan Bakal Tampil Di Konsert Ronan Keating”

  1. Ronaldo says:

    Kau yg komen tu jgn sedap mulut nak cakp,kau nak ke tangung keluarga dia boleh lah dia dudok rumah menghikut semua hidap yg kau gembar gembor tu

  2. Zu says:

    Hüküm wanita menyanyi dan mendedahkan aurat adalah haram, apatah lagi jika wanita tersebut dalam idah, jangan terlalu mudah bermain dengan agama Islam.

  3. insan sebak says:

    ya….betul…wlpun dlm eddah tapi jika menyanyi tu punca pendapatan dia dan dh sign contract….mmg kena buat dan tunaikan….takut klu tak buat naya jer kena saman dgn ronan keating….

  4. hakak says:

    Islam itu mudah.. mmg tempoh iddah bagi perempuan kematian suami 4 bulan 10 hari .. tapi ada pengecualian – Perempuan diharuskan keluar dengan alasan mendesak seperti ke klinik, membeli barang keperluan atau ke tempat kerja (bagi yang bekerja).. dalam kes ni dia mmg penyanyi.. dah sign kontrak.. jadi dia kena la ikut perjanjian.. jgn rumit kan keadaan.. dan jangan bodoh2 kan org sesuka hati.. kalau tak faham, pergi tanya dgn alim2 ulamak..

  5. Anonymous says:

    Hilang respect… Kalau x syg pun jgn la nak tunjuk sgt.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...