Kekal Penyanyi Gantian, Nabila Razali Terlepas ‘Peluang Kedua’ Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35

Hiburan

Kekal Penyanyi Gantian, Nabila Razali Terlepas ‘Peluang Kedua’ Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-35

Akhirnya muktamad, penyanyi Nabila Razali yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan melibatkan peti suaranya tidak akan membuat persembahan pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) yang akan berlangsung pada 15 Disember ini.

Difahamkan bahawa penyanyi gantian akan mewakilinya dalam menyampaikan lagu Peluang Kedua pada malam itu nanti.

Advertisement

Nabila turut mengakui bahawa dia berasa amat sedih dan kecewa kerana terpaksa melepaskan peluang buat kali kedua akibat daripada masalah yang dihadapinya itu.

“Saya tidak menyanyi (di SAMM35) disebabkan keadaan peti suara yang tidak mengizinkan. Siapa tak sedih dan kecewa tak dapat menyanyi di pentas berprestij itu, bukannya sengaja tidak mahu menyanyi. Kalau degil juga, mungkin dalam jangka masa panjang keadaan peti suara saya akan lebih teruk..”

Dia yang ditemui ketika majlis perlantikan sebagai duta minuman kesihatan jenama BeFine itu baru-baru ini turut meminta nasihat beberapa rakan artis yang pernah mengalami masalah yang sama.

Menurutnya, ianya bukanlan sesuatu yang boleh dipandang remeh, dan jika dipaksa juga menyanyi boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan mungkin perlu berehat dengan lebih lama.

Dalam pada itu, Nabila berkata dia akan terus positif dan percaya penyanyi yang bakal menggantikannya itu akan memberikan satu persembahan yang hebat dan meninggalkan impak yang besar kepada pendengar.

Perkembangan terkini, Nabila kini telah dilantik menjadi duta untuk beberapa produk seperti minuman BeFine serta makanan tambahan iaitu BeauSiti. Dia juga sempat mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak syarikat kerana memilihnya menjadi muka depan produk yang bakal menemui pengguna tidak lama lagi.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...