Kekal Langsing Dengan Mudah, Ini Cara Che Ta Dapatkan Bentuk Badan Idaman

Trending

Kekal Langsing Dengan Mudah, Ini Cara Che Ta Dapatkan Bentuk Badan Idaman

Sebut sahaja mengenai langsing, pasti setiap wanita inginkannya. Tetapi untuk mengecapi impian mendapat tubuh badan yang langsing memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Advertisement

Banyak usaha perlu dibuat sebelum mendapat tubuh badan yang diidamkan.

Rozita Che Wan atau Che Ta tidak asing lagi dengan kecantikan yang dimiliki olehnya yang tidak dapat ditandingi orang muda.

Boleh dikatakan Che Ta ni masih nampak macam anak dara walaupun usianya menginjak 44 tahun.

Che Ta juga seorang yang cerewet dalam kecantikan.

Tak pernah rasanya nampak Che Ta dalam keadaan tidak terurus. Sentiasa nampak cantik dan semuanya cukup sempurna. Ramai yang ingin mengetahui rahsia beliau mengekalkan tubuh badan yang langsing meskipun sudah mempunyai 3 cahaya mata.

Jom baca tips mudah untuk langsing yang dikongsikan oleh beliau..

1. PALING PENTING BERSENAM, BERPELUH BAGUS UNTUK KULIT

I sangat sederhana. Tiga rutin asas cukup untuk kulit. Kalau nak tahu, I tak pernah buat facial. Cuma aplikasi masker seminggu sekali. Yang penting, bersenam. Selain bagus untuk kesihatan, berpeluh juga bagus untuk kulit. Ia melambatkan proses penuaan.

2. MINUM AIR SEJAM LEPAS MAKAN ELAK PERUT BUNCIT

Minum air hanya apabila sudah selesai makan. Hindari makanan berkolesterol tinggi. Macam I, memang wajib makan nasi. Kalau tak makan nasi rasa lemau aja. Tapi kawallah kadar pengambilannya.

3. NAK NAMPAK MUDA KENA SENTIASA HAPPY GO LUCKY

Secara jujurnya tiada apa-apa rahsia yang saya amalkan. Cuma saya selalu fikir muda dan gembira sentiasa, saya tidak pernah fikir saya sudah berusia 40 tahun dan saya tidak suka fikir masalah. Pendek kata, saya sentiasa ‘happy go lucky’.

4. CUCI MUKA DENGAN AIR SEJUK SETIAP PAGI

Untuk kecantikan kulit, setiap waktu pagi, saya akan cuci muka terlebih dahulu dengan air sejuk dan ia memang saya amalkan semenjak remaja lagi.

Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.

Jadi untuk mendapat tubuh idaman,mulakan pada hari ini dan saat ini. Bertangguh tidak membantu apa-apa.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...