Bukan semua orang boleh kekalkan hubungan baik dengan bekas suami mahupun isteri selepas bercerai. Tidak dinafikan, ramai yang ada ego tersendiri sehingga ada kalanya anak-anak yang menjadi mangsa.
Namun, apa yang dilakukan oleh Farah Lee dan bekas suaminya, Ally Iskandar harus diberikan pujian. Meskipun sudah berpisah, mereka bersikap profesional mengekalkan hubungan baik demi anak perempuan tercinta, Maream Esabel.
Ramai juga sebak dan terharu melihat rakaman video saat Maream mendakap erat ‘daddy’ tercinta sebaik sahaja tiba di lapangan terbang ketika pulang ke Malaysia. Luahan rindu antara bapa dan anak yang sudah lama tidak berjumpa.
Bagaimanapun, Farah menerusi akaun Instagramnya apa yang beliau kongsikan itu bukanlah bertujuan untuk meraih perhatian, sebaliknya mahu memberikan gambaran bahawa pasangan bercerai tidak semestinya harus bermusuhan.
Toleransi antara kunci utama untuk menjaga hubungan baik. Kami doakan mereka kekal harmoni begini sehingga selama-lamanya. Amin..