Masihkah anda ingat penyanyi lagu Kembali dan Duhai Malam yang terkenal di era 20-an?
Meskipun sudah berada di usia 44 tahun, Intan Sarafina yang sering aktif memuat naik foto gaya hidup sihat kelihatan masih kekal cantik dan awet muda seperti di awal kemunculannya dalam dunia seni.
Dia yang kini bahagia mendirikan rumah tangga bersama suami lebih 15 tahun, kehidupannya turut dihiasi dengan kehadiran tiga orang anak lelaki.
Kekal sihat, Intan sememangnya dilihat aktif kerana sering menyertai aktiviti larian di masa lapang.
Meskipun tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian, pastinya ramai yang merindui suara lunak Intan Sarafina di corong-corong radio.
Sekadar info, Intan pernah membuat kemunculan semula dalam program Gegar Vaganza musim ke-3. Meskipun hanya layak memperoleh tempat kelima dalam program itu, ia membuktikan Intan Sarafina masih mempunyai ‘bisa’ dalam industri hiburan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.