Energizer Malaysia mengumumkan Re-Energize 100% Fitfest, pesta kecergasan penuh dengan aktiviti aktif dan bakal menaikkan semangat anda.
Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, selama 3 hari bermula dari 27 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober 2023 di Desa ParkCity Carpark 3, berdekatan Plaza Arkadia.
Temui Tenaga Pengajar Dari Pusat Kecergasan Terkenal
Sama ada anda gemar melakukan aktiviti kecergasan atau baru nak memulakan gaya hidup sihat. Semua boleh join Re-Energize 100% Fitfest. Ada pelbagai senaman yang berintensiti tinggi seperti tarian, HIIT, kombat, latihan kekuatan dan kardio.
Anda pasti akan menemui kombinasi senaman yang akan mengecas semula hidup anda.
Paling best, kesemua aktiviti ini akan diketuai oleh pengajar dari Fitness First, CHI Fitness, dan Celebrity Fitness. Selain dari pengajar-pengajar dari pusat kecergasan terkenal, Energizer juga berganding bahu dengan selebriti kecergasan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan Joey Tng yang akan menjalankan kelas kecergasan mereka yang tersendiri.
Tapi bukan itu saja, sepanjang 3 hari acara ini berlangsung, pengunjung juga dapat mengambil bahagian dalam cabaran Energizer’s Speed Climbing Wall serta jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang beg cenderahati bernilai sehingga RM120 dari NIVEA, Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak lagi.
Untuk recharge semula tenaga, terdapat food truck seperti Kee Nguyen, Nacholah, Kinori, The Bao Guys dan sebagainya di sepanjang kawasan acara.
Menurut Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc mereka amat teruja untuk menganjurkan pesta kecergasan ini buat pengguna dan memberi mereka peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai latihan yang diketuai oleh jurulatih kecergasan terkemuka.
“Sebagai jenama dipercayai yang menawarkan produk dengan bateri tahan lama, kami ingin mencipta acara yang sinonim dengan jenama kami – bertenaga, menawarkan daya tahan dan kuasa yang berkekalan. Dengan Re-Energize 100% Fitfest, kami telah mengumpulkan kesemua ini di satu lokasi setempat.”
“Di Energizer, kami percaya pengguna bermotivasi untuk melakukan dan mencapai lebih banyak lagi jika mereka kekal bertenaga. Kami berharap dengan menyediakan platform ini untuk pengguna kami, kami boleh meninggalkan kesan positif kepada para pengguna kami,” tambah beliau lagi.
Bagi anda yang berminat untuk menyertai acara ini, anda perlu membeli produk Energizer sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit. Setiap resit melayakkan anda untuk turut serta selama satu (1) hari sahaja. Para pengguna dikehendaki menyimpan resit asal sebagai bukti.
Untuk mendaftar, ikut langkah-langkah mudah di bawah:
Langkah 1: Imbas kod QR atau klik pautan Facebook ini untuk mendaftar.
Langkah 2: Buat akaun dan sertakan maklumat yang diperlukan (Tertakluk terma dan syarat).
Langkah 3: Anda akan menerima e-mel pengesahan dengan kod QR unik untuk menyertai aktivit dan mengakses tempahan kelas anda.
Langkah 4: Dengan setiap pembelian RM30 dalam satu resit, anda boleh menempah kelas anda untuk SATU HARI SAHAJA antara tarikh 27 Oktober sehingga 29 Oktober. Semak jadual kelas acara dan pilih kelas dan slot masa pilihan untuk tempahan. Anda juga akan dapat mengakses senarai penuh kelas yang ditempah pada halaman profil anda.
Langkah 5: Bawa resit asal anda, sertai kelas pilihan anda dan nikmati acara ini! Imbas kod QR unik anda di pintu masuk acara dan di pintu masuk kelas untuk mendapatkan akses.
Bukan itu saja, anda yang sertai Energizer Re-Energize 100 Fitfest ni juga boleh mendapatkan cucian kereta percuma di bahagian Cucian Kereta Armor All.
Untuk pengetahuan, Armor All ialah jenama Energizer dalam segmen penjagaan kenderaan. Slot cucian kereta adalah terhad setiap hari dan akan berdasarkan giliran anda meninggalkan kenderaan di lokasi.
Jangan lepaskan peluang untuk berhubung dengan individu lain yang mempunyai minat yang sama dan pelajari trend kecergasan baharu. Lawati halaman acara Facebook Energizer untuk maklumat lanjut.