Kekacakan Abang Nara Lebih Terserlah Dengan Peugeot 207

Hiburan

Kekacakan Abang Nara Lebih Terserlah Dengan Peugeot 207

Abang Nara mengakui yang diri ini tidaklah sekacak mana. Jerawat penuh di muka, muka bertompok-tompok dan rambut pun kerinting. Penat Abang Nara berusaha untuk menyerlahkan kekacakan dan ketampanan Abang Nara. Macam-macam cara Abang Nara guna. Facial, urutan lulur dan paling hebat Abang Nara pernah mandi bunga.

peugeot 207

Advertisement

Suatu hari kekasih hati Abang Nara berkata:-

[note]Sayang, you no need to go to all this facial-facial semua to look more handsome. You just need one thing. Sure kekacakan, kehandsomean dan kemachoan you akan bertambah-tambah 100 kali ganda[/note]

Terus Abang Nara teruja mendengar kata-kata kekasih hati. “Apakah benda yang dapat membuatkan kekacakan diri ini bertambah berkali-kali ganda?”. Inilah jawapan si dia kepada Abang Nara:-

peugeot 207

Peugeot 207. Kereta terbaru keluaran Peugeot yang mampu menyerlahkan kemachoan diri anda apabila anda memilikinya. Abang Nara tak cakap kosong. Sekali tengok gambar Peugeot 207 nie pun dah meleleh air liur dibuatnya. Paling menarik Peugeot 207 ini reka bentuknya “sporty” dan sangat dinamik yang sangat sesuai dengan jiwa muda Abang Nara. Senang cakap design Peugeot 207 memang menggiurkanlah. Tengok lampu belakang dia pun dah teruja.

peugeot 207

Reka bentuk dalaman dia tersangatlah selesa. Abang Nara dah try duduk baru-baru ini kat showroom Peugeot. Tahap selesa Peugeot 207 nie sampai showroom punya salesman terpaksa mintak Abang Nara keluar sebab dah duduk lama sangat dalam tue. Abang Nara paling suka dengan design dashboard meter Peugeot 207. Nampak professional.

peugeot 207

Tapi apa guna design lawa, reka bentuk dalaman selesa kalau masa drive tak selesa langsung kan? Disebabkan Abang Nara tak sempat nak test drive hari tue, balik-balik rumah terus YouTube video test drive Peugeot 207 nie. Kalau korang tengok video kat bawah nie ternyata suspension dan handling Peugeot 207 ini memang tersangat hebat. Selamba je drift time hujan.

Ada beberapa lagi kelebihan Peugeot 207 nie. Antaranya:-

(i) ada fungsi auto wiper dan auto headlight. Hanya kereta yang mahal-mahal jer ada fungsi nie. Perlu diingat yang harga Peugeot 207 tak lebih dari RM75,000.

(ii) Aircond Peugeot 207 boleh di”set” kepada suhu yang anda inginkan. Bukan macam kereta-kereta lain yang cuma ada low, medium and high. Satu fungsi yang sangat menarik kan?

(iii) Menggunakan enjin 1.6L, bonet yang sangat luas, dibekalkan dengan tayar spare yang sama saiz dan yang paling best ada fungsi Tiptronic gear.

peugeot 207

Bersempena dengan kempen “A Peugeot for everyone” rasanya tahun depan lepas kahwin Abang Nara akan bertukar ke Peugeot 207. Barulah sedap sikit nak drive balik Kelantan dan Melaka (kampong bakal mertua) nanti. Korang pulak tak teringin ke nak mencuba Peugeot 207 nie?

peugeot 207

Untuk lebih info, sila ke laman web Peugeot Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...