CNN mengiktiraf Kek Pandan sebagai 17 kek yang wajib dicuba jika berkunjung ke Singapura dan Malaysia.
Kek tersebut diiktirafkan sebagai kek kebangsaan Singapura dan pengiktirafan tersebut dikongsin bersama Malaysia. CNN menyifatkan kek tersebut merupakan satu kewajipan untuk dicuba sekiranya berkunjung ke Singapura atau Malaysia.
“Keenakan kek ini terletak pada rasa semulajadi daun pandan ditambah pula dengan kelembutan doh yang dihasilkan. Ia satu kepuasan!” tulis CNN.
Pine Garden, yang merupakan sebuah premis kek di Singapura mendapat pujian hasil daripada pembuatan kek pandan terbaik negara itu.
Sementara itu, Kuih Lapis pula dinamakan sebagai kuih kebangsaan negara Indonesia.
Di Jepun, kuih Dorayaki diiktiraf sebagai hidangan kebangsaan negara matahari terbit itu menakala kuih tradisional Malaigo diangkat sebagai kuih kebangsaan Hong Kong.
Baklava menjadi kuih kebangsaan Turki, selain Tiramisu di Itali, Pavlova di New Zealand dan Kek Keju di Amerika Syarikat.