Kek Kahwin Bernilai RM5,000 Tumbang Bukan Gimik – Alha Alfa

Hiburan

Kek Kahwin Bernilai RM5,000 Tumbang Bukan Gimik – Alha Alfa

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis persandingan usahawan kosmetik dan jurusolek Datuk Alha Alfa yang serba mewah. Namun, majlis penuh glamor itu bertukar kecoh apabila kek kaca lapan tingkat bernilai RM5,000 tumbang dan musnah.

kek kahwin alha alfa musnah

Advertisement

Kek tersebut hilang keseimbangan kerana tertepis ketika sesi bergambar bersama pengantin. Rakaman video saat kek itu musnah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada pula yang mengatakan mungkin ia hanya sekadar gimik.

Bagaimanapun, Alha menafikan tuduhan itu dan mengatakan apa yang berlaku sama sekali tidak diduga.

 

Mengikut perancangan awal, kek itu mahu diletakkan di bahagian tengah pentas utama dan berpusing sepanjang majlis berlangsung.

Namun, disebabkan beberapa perkara, kek itu diletakkan di suatu sudut. Cuma hendak dijadikan cerita, ketika tetamu dan kakitangan naik ke pentas untuk bergambar dengan saya dan isteri, kek itu tumbang dengan tiba-tiba.

kek alha alfa

Mujur tiada orang di belakang kek itu. Saya anggap tiada rezeki. Tidak mengapa, boleh diganti dan dicari yang baharu.

Menurut Alha, dia sama sekali tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap ianya bukan rezeki. Insiden itu menjadi kenangan buat dia dan isteri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Nas Great Ideas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...