Written by Bella | October 9th, 2019

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis persandingan usahawan kosmetik dan jurusolek Datuk Alha Alfa yang serba mewah. Namun, majlis penuh glamor itu bertukar kecoh apabila kek kaca lapan tingkat bernilai RM5,000 tumbang dan musnah.

kek kahwin alha alfa musnah

Kek tersebut hilang keseimbangan kerana tertepis ketika sesi bergambar bersama pengantin. Rakaman video saat kek itu musnah viral di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada pula yang mengatakan mungkin ia hanya sekadar gimik.

Bagaimanapun, Alha menafikan tuduhan itu dan mengatakan apa yang berlaku sama sekali tidak diduga.

 

Mengikut perancangan awal, kek itu mahu diletakkan di bahagian tengah pentas utama dan berpusing sepanjang majlis berlangsung.

Namun, disebabkan beberapa perkara, kek itu diletakkan di suatu sudut. Cuma hendak dijadikan cerita, ketika tetamu dan kakitangan naik ke pentas untuk bergambar dengan saya dan isteri, kek itu tumbang dengan tiba-tiba.

kek alha alfa

Mujur tiada orang di belakang kek itu. Saya anggap tiada rezeki. Tidak mengapa, boleh diganti dan dicari yang baharu.

Menurut Alha, dia sama sekali tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap ianya bukan rezeki. Insiden itu menjadi kenangan buat dia dan isteri.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Nas Great Ideas

21 responses to Kek Kahwin Bernilai RM5,000 Tumbang Bukan Gimik – Alha Alfa

  1. wekkkkkkk says:

    rezeki semut serangga dan bunian masa di buang nnti. Sbb tu rezeki yg kita dpt bukan hak kita semuanya..
    “kongsi rezeki”.

  2. OhAku! says:

    terlampau nak unik. makanan dibazir begitu saje.. Allah2

  3. mak minah says:

    Aku perhatikan je celebrity yg kawen ni, kek tu kawen tu mcm berlumba lumba je. asal blh nak lain dr yg lain, unik kononnya.

  4. Anonymous says:

    masaalahnya selebriti ke????

  5. Papo jela says:

    Xde rupe kek pon nengoknye. Mcm kotak kosong je

  6. Fidot says:

    Itulah..betul ke kek, sebab kaca betul. Kalau bukan kek patut letak Kotak Kaca Betingkat je… Kek benda yg leh makan betul2. konpius aku….

  7. kakikucinghitam says:

    yg penting kek tu mmg boleh makan ke kek palsu?

  8. Dia says:

    kek betul yg kat bawah jew & tingkat2 atas tuu biasa dummy jew… sebab tu diorang potong yg bawah tuk upacara suap2 kek tuu… dah tertulis takde rezeki nak merasa kek kaca, aturan ALLAH tu yg terbaik. Insyallah, akan di ganti kan dengan rezeki2 yg lain lak kann.

  9. Anonymous says:

    Pengajaran :- Allah beri peringatan agar jangan terlalu nak menunjuk kemewahan tu. Sebaik2 majlis kawin ialah yg ada tetamu dari kalangan org miskin, ssh, para asnaf, anak2 yatim, utk dijamu mkn baru ada barakah.

  10. damai says:

    harga kek dah blh buat duit hantaraan bagi org kebanyakkan, sgh membazir, if lepas tu dimakan x apa tapi rata2 kek sebegini jarang ada org suka nak makan cos dia x sedap cuma cantik buat bergambar sahaja, betul2 membazir

  11. Brunes says:

    kalau kawin2 kan ada malapetaka begini mak aku cakap macam bad omen… wallauaalambisawab

  12. Anonymous says:

    when u ar too much…tu la padahnya. kenangan indah jd tragedi.

  13. nyah desa pondan says:

    ponen kawin ke nok,uwekks

  14. Brunes says:

    Kalau aku jadi pengantin, aku akan sue wedding planner sampai dia miskin

  15. Anonymous says:

    seleb ke? asal ada duit, masuk saja…

  16. Anonymous says:

    Dia sendiri yang tertepis.Boleh tengok dalam video viral.Nak sue wedding planner buat apa

  17. Shah deraman says:

    Harga kek smpai 5k padahal kek bwh tu je…y tggi mcm menara KL tu kotak je…lps tu gah ckp kek kaca??wtf…ape y kaca nye…bl tumbang elok je x Pecah pun kaca tu….membazir..baik ko beli kek kat secret resepi…sedap pun sedap…

  18. Anonymous says:

    SELALU KEK PERANTIN KEK DUMMY..APAHAL YG KAU BELI KEK REAL?
    MAHAL PULAK TU..PAS TU RIAK..NO MEANING AT ALL!

  19. Anonymous says:

    Tanda tanda perkahwinan kau tak akan kekal.

  20. mayami says:

    nasib baik pengantin sendiri yg jatuhkan kalau staff yg tertepis tak tau la nak ckp ape

  21. mama says:

    Tipu la..mmg gimik pun. klu x…masing2 dah gelabah beruk. Tgk yg tukang amik gamba tu, xcuak pun. Siap teruskan amik gamba lg adala.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini