Kek Harga RM200K & Perhiasan Isteri RM2 Juta, Majlis Hari Jadi Prince Syed Raih Perhatian – “Pakaian Simple Je Kali Ni…”

Trending

Kek Harga RM200K & Perhiasan Isteri RM2 Juta, Majlis Hari Jadi Prince Syed Raih Perhatian – “Pakaian Simple Je Kali Ni…”

Personaliti media sosial dikenali sebagai Prince Syed meraih perhatian baru-baru ini apabila dia berkongsi video tentang mejalis sambutan ulang tahun kelahirannya.

Menerusi Facebook, Prince Syed mendedahkan majlis sambutan hari lahirnya yang 33 tahun itu diserikan dengan kek mewah bertatahkan emas 916 berjumlah RM200,000.

Advertisement

Prince Syed dan isteri

Berdasarkan video dikongsi, Prince Syed dan isterinya silihat menggayakan busana bertemakan Bollywood dan kesk tersebut dihiasi bunga-bunga emas serta ranai huruf ‘S’.

Pakaian simple je abam buat kalini tapi tetamu kata macam Aladdin pula sebab pengaruh warna.

Selain kek tersebut, penampilan isterinya juga menjadi tumpuan apabila wanita itu menggayakan perhiasan emas dan bernilai hampir RM2 juta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Penampilan wife abam siapkan inspirasi look Sridevi (pelakon terkenal Bollywood). Syukur semua rezeki ini pinjaman dari Allah. Moga di ulang tahun ku kali ini, aku dapat meniaga yang memberi manfaat kepada ramai orang dan mampu memberi sedekah atau kongsi rezeki dengan ramai lagi orang.

 

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi pelbagai respon daripada netizen di mana ada yang memuji majlis tersebut meriah manakala sesetengah pula mengkritik pasangan berkenaan kerana tema mengikut agama lain.

Dalam pada itu, ada juga yang menegur Prince Syed dan isteri untuk tidak terlalu menunjuk-nunjuk kekayaan yang mereka miliki.

prince syed dakwa dilayan seperti gelandangan
2025-06-13 12:10:18

"Orang Layan Saya Macam Gelandangan" - Pakai Baju RM10 Ketika Bershopping Di Mall, Prince Syed Luah Rasa Kesal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...