Rozita Che Wan pasti akan menarik perhatian ramai dalam apa sahaja perkara yang beliau lakukan. Sebelum ini kecoh dengan isu harga rumah banglo baru Che Ta, kali ini netizen tertarik pula dengan kek berbentuk duit yang dibuat khas sempena sambutan majlis hari jadi anak keduanya, Aniq Ezra baru-baru ini.
Tema kek tersebut tampak cukup “real†dengan gulungan wang RM50 di sekelilingnya.  Seperti biasa, pasti akan ada yang mewujudkan isu mengenai kek berkenaan.
Walaubagaimanapun, kek berkenaan tidak menggunakan wang sebenar dan ia adalah hasil daripada “fondant†yang menyerupai wang RM 50.
Pada kami, kek hari jadi itu agak unik. Kami tahu Che Ta memang kaya dan berkemampuan kata orang, tetapi tidaklah kot sehingga ingin membuat kek dengan gulungan duit yang sebenar. Kadang-kadang sebelum mengkritik kena tahu juga logiknya.