Satu demi satu majlis bagi meraikan perkahwinan Nelydia Senrose menjadi kontroversi. Baru-baru ini, kek cawan yang dihias menyerupai alat sulit lelaki dan payudara wanita hangat diperkatakan dan mengundang kecaman netizen.
Mengulas mengenai isu tersebut, Nelydia berkata majlis itu berlangsung secara tertutup dan mengakui sepatutnya ada beberapa perkara tidak perlu dikongsi di laman sosial. Foto yang sebar itu sebenarnya tidak disengajakan. Nelydia sendiri tidak tahu menahu mengenai majlis tersebut.
Ada beberapa perkara yang tidak perlu dimuat naik di laman sosial. Lagipun majlis ini dihadiri semua perempuan. Jadi apa yang anda lihat berlaku secara tidak sengaja. Maaflah.
Bagaimanapun, Nelydia terharu dengan usaha adik-beradik dan rakan baiknya kerana menganjurkan majlis Bachelorette Party yang dianggap kejutan buat dirinya.

saodah
March 18, 2019 at 8:44 am
hello…. ada bapok sekor kat majlis perempuan ko tu. sah2 la bapok kot? jangan nak menegakkan benang yang basah ye Nely… ko dgn kakak ko sama je. hipo