May 11th, 2015

Penangan kejelitaan pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan belaku di London baru-baru ini.

Menurut info, Che Ta pada awalnya hanya bergambar biasa-biasa sebelum jurugambar menyatakan hasrat untuk mengambil foto beliau di atas tembok berdekatan Marble Arch.

Mahu mendapatkan hasil yang terbaik, Che Ta begitu gigih sekali memanjat tembok berkenaan walaupun pada awaktu tesebut beliau memakai kasut tumit tinggi lima inci.  Perkara tersebut telah menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.

Sewaktu sedang bergaya di atas tembok, mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat  datang daripada kenderaan berlanggar. Pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut memberitahu beliau tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu leka dan asyik memandang Che Ta yang sedang bergaya di atas tembok.

Pergh..memang hebat kan Che Ta sehingga orang di London juga cair dengan kejelitaan beliau.  Apa-apa pun, peringatan buat anda di luar sana jangan terlalu leka melihat sesuatu sehingga menganggu fokus anda ketika memandu. Nyawa anda dan orang awam menjadi taruhan.

 


Comments are closed.

Loading...