Kejayaan Sukma Pasukan Selangor, Kerajaan Negeri Setuju Beri Insentif Sebanyak RM1.1 Juta

Trending

Kejayaan Sukma Pasukan Selangor, Kerajaan Negeri Setuju Beri Insentif Sebanyak RM1.1 Juta

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memperuntukkan RM1.1 juta insentif berbanding RM950,000 sebelum ini ekoran kejayaan negeri ini dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 semalam.

Advertisement

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata insentif itu akan disalurkan kepada atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan sebagai penghargaan atas kejayaan mereka memperoleh pingat dan mengharumkan nama Selangor pada kejohanan yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

“Ini adalah pengiktirafan kerajaan negeri kepada pasukan Selangor. Setiap atlet yang memenangi emas secara individu akan menerima insentif berjumlah RM5,000 seorang manakala bagi pasukan berkumpulan yang memenangi emas akan menerima RM2,000 hingga RM3,000 seorang,” katanya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri di SUK.

Selangor memperoleh 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa untuk menjulang juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-18 semalam.

Dalam temasya sukan itu, kontinjen Merah Kuning mengatasi tuan rumah, Sarawak di tempat kedua dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa serta Terengganu ketiga dengan 47 emas, 42 perak, 44 gangsa.

Mengulas lanjut, Azmin turut merakamkan ucapan terima kasih di atas suntikan semangat yang diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah Al Haj, dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Al Haj.

Katanya juga, kejayaan atlet Sukma Selangor juga akan diraikan pada Rabu ini di Dataran SUK Negeri Selangor dalam satu Majlis Hari Raya peringkat negeri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.