Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kejayaan Filem Paskal Sebagai Perkara Terbesar Yang Pernah Terjadi Dalam Kerjaya Saya – Hairul Azreen

Sehingga ke hari ini, filem Paskal masih hangat ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Berdasarkan informasi terbaru, kutipan filem arahan Adrian Teh ini telah pun mengutip lebih RM16 juta selepas 11 hari tayangan. Sudah tentu ini satu pencapaian yang amat membanggakan terutamanya buat hero filem Paskal, Hairul Azreen.

paskal hairul azreen

Advertisement

Suami kepada Hanis Zalikha ini memaklumkan bahawa kejayaan Paskal adalah perkara terbesar yang pernah terjadi di dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon. Berdasarkan perkongsian di sebalik tabir, sememangnya layak untuk Hairul dan barisan-barisan pelakon Paskal berbangga dengan kejayaan filem ini kerana banyak pengorbanan, penat lelah dan kepayahan yang telah mereka tempuhi untuk memastikan lakonan mereka benar-benar hidup. Kata Hairul Azreen:-

Saya masuk bidang lakonan pun disebabkan cerita aksi dan pertarungan dan filem ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini. Bila saya kata saya juara Fear Factor, saya pelakon aksi ngeri, orang persoal tapi filem Paskal seolah-olah membuka mata mereka bahawa saya betul-betul minat filem begini.

Saya tidak meletakkan apa-apa harapan, saya cuma buat yang terbaik sahaja dari awal sampai akhir. Saya menganggap kejayaan filem Paskal sebagai perkara terbesar yang pernah terjadi dalam kerjaya saya selama ini. Benda paling seronok adalah Melayu, India, Cina tengok cerita ni, itu yang paling saya kagum. Dan sekarang ni saya ada penyokong berbilang kaum, itu yang saya tak pernah dapat sebelum ni.

paskal hairul azreen

Untuk makluman, pihak produksi filem Paskal telah mengeluarkan modal sebanyak RM10 juta untuk membikin filem ini. Ternyata ia amat berbaloi-baloi sekali dengan sambutan yang diterima. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan filem hebat ini. Semoga dengan kejayaan filem Paskal akan membuka mata mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia agar tidak takut membuat filem aksi sebegini. Ternyata rakyat Malaysia akan memberikan sokongan hebat sekiranya naskhah yang dihasilkan bermutu tinggi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

92 Comments

  1. Anonymous

    October 15, 2018 at 9:42 am

    3 kali tgk filem ni dan tak rasa nyesal pun bayar tiket wayang yg mahal skrg .. ini lah filem tempatan pertama yg aku tgk lebih drpd sekali di wayang..

    bila hati busuk …apa pun tak boleh move on…

  2. Anonymous

    October 15, 2018 at 12:03 am

    aku ini x suka tengo ceta melayu..apa lgi ceta cinta ke..lawak x menjadi..but this is first time g panggung tengo bkn apa.i respect kita punya army..so saya sokong sudut tu..

  3. paskalbest

    October 14, 2018 at 2:41 pm

    aku rasa hairul mmg pandai berlakon dan watak ni mmg sesuai dgn dia.
    korang asyik2 nak remy ishak, shaheizy, zul ariffin, fattah amin.

    tolong lah… asyik hero yg sama. jadi muak. watak pun boleh confuse dengan cerita lain.

    respek casting filem ni sbb pilih pelakon2 yang bukan “top” yang kita jarang2 nampak kat tv. tapi lakonan memang hebat.

    baru lah bboleh kata filem ni berjaya sebab lakonan jalan cerita skrip cinema semua hebat. bukannya ami pelakon top. dan org gi panggung sekadar nak tengok pelakon aje.

  4. Anonymous

    October 14, 2018 at 1:51 pm

    Nape korang sakit hati sgt eh
    Biarla dia..janji berlakon ok
    Mcm la sedara korang..sibuk sgt

  5. Anonymous

    October 11, 2018 at 1:05 pm

    Semua pelakon did amazing job kecuali yg jadi mak tu.

    • Anti fake

      October 12, 2018 at 7:02 am

      Yes. Igt I sorang ja yg prasan. Hihihi..

Loading...
To Top