Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kejayaan Filem Paskal Sebagai Perkara Terbesar Yang Pernah Terjadi Dalam Kerjaya Saya – Hairul Azreen

Sehingga ke hari ini, filem Paskal masih hangat ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia. Berdasarkan informasi terbaru, kutipan filem arahan Adrian Teh ini telah pun mengutip lebih RM16 juta selepas 11 hari tayangan. Sudah tentu ini satu pencapaian yang amat membanggakan terutamanya buat hero filem Paskal, Hairul Azreen.

paskal hairul azreen

Advertisement

Suami kepada Hanis Zalikha ini memaklumkan bahawa kejayaan Paskal adalah perkara terbesar yang pernah terjadi di dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon. Berdasarkan perkongsian di sebalik tabir, sememangnya layak untuk Hairul dan barisan-barisan pelakon Paskal berbangga dengan kejayaan filem ini kerana banyak pengorbanan, penat lelah dan kepayahan yang telah mereka tempuhi untuk memastikan lakonan mereka benar-benar hidup. Kata Hairul Azreen:-

Saya masuk bidang lakonan pun disebabkan cerita aksi dan pertarungan dan filem ini membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini. Bila saya kata saya juara Fear Factor, saya pelakon aksi ngeri, orang persoal tapi filem Paskal seolah-olah membuka mata mereka bahawa saya betul-betul minat filem begini.

Saya tidak meletakkan apa-apa harapan, saya cuma buat yang terbaik sahaja dari awal sampai akhir. Saya menganggap kejayaan filem Paskal sebagai perkara terbesar yang pernah terjadi dalam kerjaya saya selama ini. Benda paling seronok adalah Melayu, India, Cina tengok cerita ni, itu yang paling saya kagum. Dan sekarang ni saya ada penyokong berbilang kaum, itu yang saya tak pernah dapat sebelum ni.

paskal hairul azreen

Untuk makluman, pihak produksi filem Paskal telah mengeluarkan modal sebanyak RM10 juta untuk membikin filem ini. Ternyata ia amat berbaloi-baloi sekali dengan sambutan yang diterima. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan filem hebat ini. Semoga dengan kejayaan filem Paskal akan membuka mata mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia agar tidak takut membuat filem aksi sebegini. Ternyata rakyat Malaysia akan memberikan sokongan hebat sekiranya naskhah yang dihasilkan bermutu tinggi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

92 Comments

  1. Anonymous

    October 11, 2018 at 12:15 pm

    Melayu bila sembang.. tak suka bila tgk bangsa sendiri nik sikit terus kecam.. he is a great actor and i hope he will act more action pack movies like this… apa2 pun paskal ada lah filem yg patut dibanggakan.. cinematografi yg cantik..

  2. Herol dak tecik

    October 11, 2018 at 9:05 am

    Makin poyo la si budak yg terperangkap dlm org dewasa ni.. pasni leh la buat aksi superman dlm lif plak…

  3. what????

    October 11, 2018 at 8:39 am

    ni sorang lg…dh baca komen dari atas tu tp aku tak nmpk pulak tang mana si azreen ni poyo..betul la dia ckp dia juara x-factor,sekurang-kurangnya itu usaha penat lelah dia, x la mcm dugong tua yg kaya sbb jual produk timbang kilo.. aku rasa poyo lagi si awal laki bini…

  4. Anonymous

    October 11, 2018 at 8:08 am

    ari tu aku nak beli tiket tgk wayang…tp tak de citer yg best utk ditengok…budak kaunter tu kate kak paskal dah kluar…aku pun tgk skrin nak cek sape heronye…nampak je muke mamat poyo ni (hairul azreen) terbantut terus aku nak tgk paskal…aku kate klu bg remy ishak jd hero harus sgt aku tgk paskal ni…klu mamat poyo ni ape citer die pun mmg aku tak suke…mintak maap la…

  5. juboburik

    October 11, 2018 at 2:08 am

    jeles nate jubo burik dale ni hahahaha
    hairul tiptop. hanis lawa high class. korang jubo masam uwerk

Loading...
To Top