Kejar Perodua Myvi, Anggota Polis Maut Selepas Kereta Terbalik

Trending

Kejar Perodua Myvi, Anggota Polis Maut Selepas Kereta Terbalik

Seorang anggota polis maut, selepas kenderaan peronda (MPV) yang dinaikinya bersama rakan setugas yang parah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, semalam.

Kejadian itu berlaku susulan kedua-dua anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Onn itu dilihat sedang mengejar sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki sekitar jam 6.24 pagi.

Advertisement

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki polis berkenaan telah bergesel dengan kereta suspek sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan MPV itu terbalik.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Kamsani Aswan, tujuh anggota beserta dua buah jentera bergegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kenderaan peronda MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan sebuah kenderaan awam jenis Perodua Aruz. Turut cedera, pemandu dan seorang penumpang kenderaan Perodua Aruz,”

Untuk rekod, anggota polis yang maut yang dikenali sebagai Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat kini telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...