“Kejap Lagi Nak Beli Popcorn, Plot Twist Banyak” – Kakak Umisya Pula Bersuara, Anggap Marissa ‘Pergunakan’ Adik

Hiburan

“Kejap Lagi Nak Beli Popcorn, Plot Twist Banyak” – Kakak Umisya Pula Bersuara, Anggap Marissa ‘Pergunakan’ Adik

Kakak kepada Umisya Mazlan, Nadia Mazlan tampil memberi kenyataan berbaur kejutan gara-gara tindakan Marissa Dania yang secara tiba-tiba memuat naik foto bersama adiknya di Instagram.

Tulis Nadia, meskipun adiknya ada mengeluarkan kenyataan sudah menerima takdir untuk hidup bermadu, namun ia bukanlah tiket untuk orang lain di luar sana ‘mempergunakan’ Umisya.

Advertisement

Marissa misya

Tiba-tiba keluarkan gambar berdua. Dia (Misya) diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’ dia.

Awak jangan lupa, dia bukan seorang ya. Ada ramai di belakang dia.

Nadia juga mempersoalkan tindakan Marissa yang seolah-olah memberi bayangan sudah berbaik dengan Umisya selain menganggap anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu sbeagai psiko.

kakak Sumber : Instagram  

Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak.

Terdahulu, Marissa ada memuat naik foto bersama Umisya dengan kapsyen seperti sudah berbaik dan berdamai.

Namun, isteri pertama Aslam itu menafikan bahawa hubungan mereka baik seperti yang digambarkan Marissa sebaliknya sudah lama tidak bertegur sapa semenjak kisah rumah tangganya menjadi sorotan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Umisya
8 months ago

"Saya Tak Tahu Menahu Pasal Ni" - Umisya Dedah Dah Lama Tak Berhubung Dengan Marissa, Anggap Hantaran IG Tanda 'Rindu'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...