Kejap Gelak, Kejap Menangis, Jom Tonton Iklan Raya Pilihan Beautifulnara Tahun Ini!

Branded

Kejap Gelak, Kejap Menangis, Jom Tonton Iklan Raya Pilihan Beautifulnara Tahun Ini!

Ramadan pun dah nak melabuhkan tirai, rasa cepat sangat masa berlalu kan? Tahu-tahu je dah nak Hari Raya. Sekarang ni, sama ada anda tengah kemas rumah, packing barang, memasak, ataupun siap-siap nak pulang beraya betul tak?

Ada hiburan tak tu? Jangan tak ada pula, nanti persiapan raya entah ke mana… 

Tak apa, jangan risau, untuk memastikan sambutan raya anda tahun ini lebih meriah, ni kami dah compile siap-siap hiburan khas buat tonton anda sekeluarga tau! Enjoy~

Watsons: Pentas Raya Glam

Haih, setiap tahun mesti ada isu pasal tema baju raya kan? Ada yang nak sedondon lah, ada yang nak mix & match lah. Macam-macam pe’el!

Tengok Kak Long ni, dia punya nak juga tema sedondon tu, sampai bermasam muka dengan adik beradik lain. Ish, ish, ish… 

Nak tahu kesudahannya, tonton Watsons Pentas Raya Glam sampai habis, pasti ramai boleh relate!

Grab: Sabar’s On The Way

Adaptasi daripada kisah benar, siapa sangka dalam pada tengah sabar menunggu barang yang dipesan untuk sampai, tiba-tiba dapat satu notifikasi daripada Grab.

Lebih mengejutkan, Grab suruh Sabar? Biar betul? Nak tahu, kena tonton Grab: Sabar’s On The Way kalau nak tahu!

Maybank: Berkat Mak

Apabila tiba masanya, hati seorang ibu pasti akan berat untuk melepaskan anak-anak tercinta. Mana tidaknya, 9 bulan bawa anak dalam kandungan, kemudian membesarkan mereka, menyediakan segala kelengkapan diperlukan. 

Melihat mereka membesar, ibu hanya mampu kirimkan doa pada yang Esa, doa yang diberkati hendakNya semestinya akan menjadi sokongan yang kuat apabila anak berada jauh dari pandangan. 

Tonton filem raya Maybank: Berkat Mak untuk fahami dan amati POV seorang ibu.

GWM: Lebaran Keredaan

Perjalanan pulang ke rumah untuk bersama keluarga adalah momen paling dinanti setiap tahun.

Saksikan kisah penuh kehangatan, kejutan dan kasih sayang yang menjadikan perjalanan Raya lebih bermakna.

Diarahkan oleh Pekin Ibrahim, filem pendek ini dibintangi barisan pelakon hebat Fadhli Masoot, Hasnul Rahmat dan Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, pasti buat anda rasa lebih dekat dengan keluarga.

U Mobile: Duit Raya

Ada Duit, Tak Ada Duit, Raya Tetap Raya! Ringkas dan padat mesej yang U Mobile cuba sampaikan dalam video musik U Mobile: Duit Raya ni! 

Sejujurnya, tak perlu pun sampai berbelanja lebih atau berhutang untuk pastikan sambutan raya meriah. Yang penting, raya bersama tersayang, itu pun dah cukup bermakna sebenarnya. 

Psst, Mierul Aiman punya rap, memang padu babe!

U Mobile: Senyum Gugur Di Penghujung Doa

Kontra dengan vibe video musik tadi, U Mobile hadir dengan satu lagi video musik Senyum Gugur Di Penghujung Doa, nyanyian Dayang Nurfaizah, sebuah lagu yang menyentuh jiwa.

Bila dengar lagu ini, memang confirm akan menangis, memikirkan tentang keluarga tercinta, lagi-lagi mereka yang mengalami kehilangan. 

Pastinya, rindu yang tak terungkap itu, kita harapkan mampu menembus Syurga dan sampai kepada mereka yang kita cinta. Al-Fatihah buat tersayang.

Maxis: Janji Untung

Kadang-kadang, kita berusaha mengejar rezeki yang kita nak, sampai terpaksa berkorban macam-macam perkara. 

Tanpa kita sedar, sebenarnya rezeki itu memang dah tersedia untuk kita, di depan mata. Filem Raya Maxis: Janji Untung ini memberi anda kesedaran yang rezeki itu hadir dalam pelbagai bentuk dan dengan cara yang kita sendiri tak sedar. 

Nak tahu apa terjadi pada Zul, tonton filem raya ini sampai habis.

Tropicana: Ayam Coming!

Biasa kalau kawan trio ni, banyak benda random jadi. Siapa dekat sini ada geng ‘3 stooges’, mesti anda boleh relate dengan mereka ni!

Hilang ayam pun sampai ada master plan tau nak cari. Nak tahu adakah Pak Cik Seman, Uncle Siva dan Uncle Boon berjaya jumpa ayam ke tak, tonton Tropicana: Ayam Coming sampai habis!

Lalamove: Inilah Rezeki Ramadan

Uish, lain daripada lain ni! Ringkas dan padat, tapi informasi sampai! 

Biasalah, bulan Ramadan dan Raya ni, mesti ada je nak hantar barang, tak kisahlah perabot ke, kuih raya ke, baju raya ke. Macam-macam lah!

Guna je perkhidmatan Lalamove, barang kecil ke besar, last minute request pun diaorang okay tau!

Indah Water Konsortium: Kosong Sama

Biasalah abang-abang, memang suka menyakat adik kecil ni kan. Kita yang adik ni pula, terpaksalah terima gurauan kasar diaorang.

Haa, nanti pagi Raya, bukannya diaorang yang minta maaf dekat kita, kita yang kena minta maaf dekat diaorang. Tapi, lain pula kisah adik yang ni. 

Kalau nak tahu apa yang adik ni buat sama boleh kosong-kosong dengan abangnya, tonton Indah Water Konsortium: Kosong Sama.

KFC: Kampung Kita 

Kalau anda suka sangat lagu raya yang bawa vibe-vibe manis ayu, anda wajib dengan lagu Kampung Kita, nyanyian Wani Kayrie yang dibawakan khas oleh KFC. 

Lagu ni sesuai sangat untuk anda buat sebagai lagu latar pada gambar yang anda muat naik di media sosial tau. Mesti akan ada yang terpikat!

Spritzer: Samting-Samting

Bayangkan, masakan anda punyalah sedap, siap dipuji keluarga mertua, sampai tahap anda dituduh pakai ‘samting-samting’ dalam masakan. 

Haa, nak tahu apa yang jadi, macam mana masakan itu boleh jadi sedap, tonton iklan muzikal raya Spritzer: Samting-Samting. Janji anda tak akan kering gusi!

Gardenia: Setulus Kasih

Jujur cakap, filem raya Gardenia tahun ini bukan setakat menyentuh jiwa, malah membuatkan kita sedar yang sebenarnya dalam kehidupan ni, kasih sayang itu boleh diberi oleh sesiapa saja. 

Walaupun duduk jauh daripada keluarga tercinta, Shukor tetap diberi kasih sayang oleh Auntie yang ikhlas menjaganya di bandar. Jom sama-sama amati filem raya Gardenia: Setulus Kasih. 

MR. DIY: Raya Sama Sama

Kami akhiri hiburan anda dengan lagu raya daripada MR. DIY: Raya Sama Sama, nyanyian Alif Satar & The Locos! 

Lagu raya yang cukup catchy ni semestinya akan menaikkan lagi semangat beraya dan memeriahkan lagu suasana tau. Psst, anda jangan lupa, buat dance challenge guna lagu ni okay, kita kasi trend!

Fuhhh, macam naik roller coaster dah lepas binge-watch semua hiburan tahun ni. Mana satu pilihan anda?

Diharapkan kompilasi filem dan video musik raya yang kami kepilkan ini sedikit sebanyak dapat menghiburkan anda sekeluarga. 

Dikesempatan ini, kami Beautifulnara, menyusun sepuluh jari, ingin mohon ampun dan maaf. Selamat Hari Raya Aidilfitri, ikhlas dari hati Beautifulnara. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...