Kejam Betul! Penduduk Tempatan Tunggang Penyu Yang Berusaha Masuk Ke Dalam Laut

Kehidupan

Kejam Betul! Penduduk Tempatan Tunggang Penyu Yang Berusaha Masuk Ke Dalam Laut

Tanggungjawab manusia diatas muka bumi ini adalah menjadi seorang pemimpin dan melindungi semua makhluk ciptaan tuhan. Tetapi berbeza dengan segelintir masyarakat yang sanggup mendera haiwan dengan sangat kejam.

Menurut Daily Mail, tular satu video di media sosial memaparkan penduduk tempatan Indonesia menunggang seekor penyu dengan kejamnya semasa haiwan yang semakin pupus itu berusaha untuk masuk semula ke dalam laut selepas bertelur.

Dalam video ini memaparkan pada mulanya seorang lelaki tua berbaju merah menunggang penyu, sementara seorang lagi berada di belakang menyokong pak cik ini.

Advertisement

Selepas lelaki tua tersebut bangun, apa yang anda semua boleh lihat penyu ini meneruskan perjalanan mereka ke dalam laut semula. Tetapi, seorang pemuda pula menaiki penyu sambil makan tanpa rasa bersalah dan datang seorang lagi membawa anaknya menunggang penyu.

Penderitaan penyu itu masih belum berakhir apabila seorang lagi lelaki menunggang penyu ini sambil meletakkan kaki di atas kepala penyu.

Apa yang mengejutkan, apabila penyu ini semakin menghampiri laut, seorang lelaki memakai seluar pendek kuning berdiri di atas kaki penyu tersebut.

Kejam sungguh perangai mereka ini, walaupun mengetahui penyu tersebut sudah masuk ke dalam air, mereka tidak mahu bangun dan teruskan menunggang haiwan ini sambil orang lain bersorak gembira.

Penyu belimbing atau nama saintifiknya ‘Leatherback sea turtles’ merupakan spesies penyu terbesar daripada tujuh spesies penyu yang wujud di dunia.

Ia merupakan spesies haiwan terancam di negara ini dan kali terakhir direkodkan mendarat di pantai Terengganu pada 2010.

 

Admin takut sangat lihat perangai manusia zaman sekarang. Bukan haiwan yang jahat dan kejam, tetapi manusia sebenarnya.

 

Sumber: Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...