Kejam! Itulah ungkapan sesuai buat si pelaku susulan isu seekor anak kucing mati dalam keadaan lehernya dijerut pada pemegang motosikal di kawasan perumahan flat Seksyen 2, Wangsa Maju hari ini.
“Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, bangkai anak kucing itu ditemui awal pagi tadi oleh pemilik motosikal berkenaan sewaktu individu itu mahu memanaskan enjin kenderaannya.
Menurut Arie, pemilik motosikal memaklumkan haiwan yang dibunuh adalah kucing jalanan yang sering diberi makan oleh penduduk sekitar kediamannya.
“Pemilik itu tidak pasti apakah motif pelaku menjerut leher dan menggantung kucing berkenaan pada pemegang motosikal diletakkan di belakang rumahnya”
“Menerusi hantaran Facebook Rasmi, Animal Malaysia turut merayu mana-mana individu yang menjadi saksi atau ada maklumat mengenai pelaku supaya tampil bagi membantu siasatan.
Arie berkata, kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan perlu dipandang serius supaya pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya.
“Jangan sorokkan perbuatan zalim dan kejam begini memandangkan ia bakal mengundang bahaya sekiranya berlarutan malah dikhuatiri kepada manusia pula selepas ini.
Individu yang menjerut leher anak kucing malang ini perlu diheret ke muka pengadilan. Biar dia kena hukuman setimpal!