Kejadian Kelakar Seorang Pemabuk Yang Mengambil Masa 3 Jam Hanya Untuk Membuka Pintu

Trending

Kejadian Kelakar Seorang Pemabuk Yang Mengambil Masa 3 Jam Hanya Untuk Membuka Pintu

“Hanya” 3 jam sahaja masa yang di ambil oleh seorang pemabuk untuk berjaya membuka sebuah pintu yang berkunci. Dia menghabiskan kebanyakan masa dengan menendang pintu di sebuah blok flat di Balashikha, barat Moscow sebelum menyedari bahawa cara untuk membukanya adalah sangat mudah.

Advertisement

Dilaporkan lelaki mabuk tersebut mula menendang pintu tersebut apabila gagal membukanya dengan menggunakan tombol yang ada. Setelah beberapa ketika mencuba, lelaki tersebut didapati berhenti berehat sebentar. Mungkin penat kot….

Seperti yang dapat dilihat di dalam rakaman video di atas, pintu itu sebenarnya dikunci dengan menggunakan system kunci magnet. Namun mungkin dalam keadaan mabuk, lelaki itu tidak sedar akan kewujudan butang untuk membuka kunci itu yang hanya terletak bersebelahan pintu tersebut.

Setelah 3 jam bertarung dengan keadaan pintu yang hampir punah akibat ditendang, barulah lelaki itu menyedari kewujudan akan butang tersebut.

Mungkin kejadian sedemikian pernah berlaku pada kita sendiri. Admin pun pernah ada pengalaman macam ni. Pintu tu tarik, tapi puas dok tolak ngan tarik. Naseb baik la kejap je dah perasan….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...