Written by serenity | December 21st, 2017

Kim Jong-Hyun, penyanyi utama kumpulan K-pop popular Korea Selatan, Shinee, mengakhiri nyawanya sendiri di sebuah apartment di Seoul pada Isnin. Keputusannya meninggalkan kesan mendalam pada peminatnya di seluruh dunia.

Shinee yang dianggotai lima pemuda ialah antara perintis ‘gelombang Korea’  yang menyaksikan budaya muzik pop Korea Selatan melanda benua Asia dan seluruh dunia seperti ribut sejak sedekad lepas.

Kumpulan itu menjadi sangat terkenal, dengan beberapa album di tempat teratas carta-carta muzik, serta tiket-tiket konsert mereka sentiasa habis dijual di tanah air mereka mahupun di luar negara sejak tahun 2008.

Tetapi realitinya, walaupun senario muzik k-pop di Korea Selatan dipenuhi glamor dan gemerlapan– terdapat persaingan yang sangat sengit, kekurangan privasi, dibuli dalam talian dan tekanan dari masyarakat untuk mengekalkan imej selebriti pada setiap masa.

Ramai bintang k-pop seperti Jonghyun dilantik oleh agensi sejak kecil, biasanya pada usia awal atau pertengahan remaja. Kehidupan mereka diambil alih latihan nyanyian dan tarian yang intensif, dalam masa yang sama, sedikit kesilapan boleh membuat mereka digugurkan dari agensi.

Transformasi Jonghyun

Bintang kpop jarang bercuti dan tidak punya privasi. Kebanyakan ahli kumpulan k-pop tinggal dengan ahli kumpulan sendiri dalam apartment mirip asrama yang disediakan oleh agen mereka. Agen mereka yang menentukan segalanya, dari stail muzik, rejimen pemakanan dan penggunaan telefon bimbit–malah mereka dilarang bertemu janji dengan gadis (dating).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Ramai yang bertarung dengan hakikat kekurangan waktu tidur dan privasi. Kim Se-Jeong, seorang penyanyi k-pop mengakui pernah tidur hanya sejam dalam masa empat hari dalam satu temubual awal tahun ini:

Saya terpaksa membuat persembahan atas pentas, muncul di rancangan televisyen dan merakam iklan pada masa yang sama.

Kim Se Jeong

Kang Daniel, ahli kumpulan popular Wanna One, mengakui hasratnya yang paling besar hanyalah untuk ‘berehat walaupun sehari’. Dia berkata dalam satu temubual Ogos lepas:

Kang Daniel

Untuk berbulan-bulan lamanya sebelum muncul di industri buat kali pertama, saya bangun tidur pukul 4.00 atau 5.00 pagi setiap hari, dan berlatih sehingga 2.00 atau 3.00 pagi hari berikutnya.

Kang berkata dia bersyukur diberi peluang untuk jadi ternama, tetapi jadualnya yang ketat akhirnya memberi kesan pada kesihatannya dan pemuda 21 tahun itu kini telah membatalkan semua kemunculan pentas dan televisyen awal bulan ini.

Wajah yang sentiasa tersenyum dan gembira

Ramai bintang K-pop berdepan cabaran yang hebat untuk sentiasa kelihatan dan berkelakuan sempurna dalam industri yang diperkasakan oleh jutaan peminat (fandom)–yang sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk membantu kumpulan yang diminati supaya dapat mendaki tangga teratas carta muzik dan bersaing dengan ‘musuh’.

Bintang k-pop perlu berhati-hati dalam industri di mana peminat mereka boleh bertukar menjadi pengkritik paling kejam jika idola mereka gagal memenuhi jangkaan mereka–atau ‘mengkhianati’ mereka.

Penyalahgunaan dadah atau memandu dalam keadaan mabuk selalunya bakal menjatuhkan kerjaya seorang–tetapi di Korea, salah menulis status di media sosial atau gagal tersenyum ketika muncul di khalayak ramai boleh menyebabkan seorang bintang dikecam selama bertahun-tahun.

Ramai di antara bintang ini dikejar paparazzi dan peminat yang membawa kamera, yang sentiasa ingin mengongsi gambar dan setiap maklumat mengenai idola di dalam talian untuk mendapat perhatian ramai.

Pengkritik budaya Kim Seong-Soo berkata:

Bintang-bintang k-pop seolah terperangkap dalam satu akuarium di mana mereka dipaksa untuk tersenyum sepanjang masa dan berkelakuan baik 24/7.

Dia menambah, tekanan itu boleh melumpuhkan bintang k-pop secara emosional. Cabaran seperti itu adalah perkara biasa untuk selebriti di seluruh dunia, dia memberitahu AFP, tetapi di Korea Selatan, cabarannya menjadi berganda kerana Korea Selatan mempunyai kelajuan internet yang hiper, antara yang terpantas di dunia, penggunaan telefon pintar tertinggi dan tekanan untuk menurut kehendak masyarakat adalah begitu tinggi.

Tambahnya, terdapat tabu di Korea Selatan mengenai penyakit mental, dan ramai mengelak untuk mendapatkan rawatan klinikal, termasuk selebriti.

Pemenang kaut semuanya

Kematian Jonghyun ialah sesuatu yang jarang berlaku, apatah lagi dia berada di puncak populariti, namun dia ialah mangsa terkini dalam kejadian bunuh diri di kalangan selebriti.

Pada tahun 2010, Park Yong-Ha, seorang aktor terkenal yang mempunyai pengikut yang ramai di Korea, Jepun dan China, telah menggantung dirinya.

Park Yong Ha

Bekas pelakon Kim Sung-Min, yang kerjayanya musnah kerana hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah, juga membunuh diri tahun lepas.

Kim Sung Min

Antara kes bunuh diri yang paling mengejutkan ialah kematian Choi-Jin Sil yang dikenali ramai pada tahun 2008, dikatakan kerana dibuli dalam talian. Adik lelakinya, seorang pelakon, menurut jejaknya dua tahun kemudian, manakala bekas suaminya, Cho Sung-Min, seorang bekas bintang besbol, telah membunuh diri tahun 2013.

Choi Jin Sil

Aktres Park Jin-hee telah menemubual ratusan aktor dan aktres bagi melengkapkan tesisnya untuk pengajian sarjana pada tahun 2009 dan berkata, 40% dari mereka pernah mempertimbangkan bunuh diri sekurang-kurangnya sekali kerana kurang privasi, buli dalam talian atau pendapatan yang tidak stabil.

Park Jin Hee

Tetapi bunuh diri di kalangan selebriti hanyalah secebis dari masalah sosial di Korea Selatan yang lebih besar, termasuk persaingan sengit dalam bidang-bidang seperti pendidikan, pekerjaan dan gejala negatif Internet, kata pengkritik Kim, yang berkata kemurungan ialah kesan yang tidak dapat dielakkan kerana hidup dalam tekanan seperti itu. Tambahnya:

Negara kami mempunyai sistem pemenang-kaut-semua-sekali dalam bentuk yang paling ekstrim, di mana mereka yang gagal jarang dapat kembali bertapak, mahupun terus hidup.

Sumber: Yahoo! oleh beautifulnara.com

61 responses to Kejadian Bunuh Diri Bintang K-pop Serlah Sisi Hitam Industri Hiburan Korea Selatan

  1. Thankfulness to my father who shared with me regarding this webpage, this weblog is genuinely amazing.