Kalau semalam Uqasha Senrose menerima kritikan daripada netizen kerana bakal membawakan watak Izzah didalam teater Ombak Rindu. Hero dalam teater tersebut iaitu Keith Foo yang menerima watak sebagai Hariz berharap beliau tidak dibandingkan dengan pelakon asal iaitu Aaron Aziz.
Dengan memegang watak tersebut, sudah pasti ramai yang akan membuat perbandingan terhadap lakonan saya dan Aaron. Saya mungkin akan menjadikan filem Ombak Rindu itu sebagai garis panduan untuk watak tersebut namun melalui pendapat secara peribadi saya rasa lakonan kami tak akan sama.
Ini kerana cara penyampai dalam filem dan teater agak berlainan, tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan dalam teater kerana ia dilakonkan secara live. Saya akan memberikan yang terbaik untuk teater tersebut dan berharap mampu menjiwai watak Hariz dengan baik.
Mengetahui rata-rata peminat Ombak Rindu akan mengharapkan lakonan serta hasil yang terbaik sama seperti didalam filem ketika teater tersebut berlangsung, Keith mengambil keputusan untuk menghidupkan lagi wataknya dengan menghadiri kelas teataer.
Malah, beliau juga menolak beberapa tawaran lakonan lain untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada teater Ombak Rindu.
Kita semua tahu nama Hariz itu agak besar dan memberikan impak terhadap filem Ombak Rindu yang dilakonkan oleh Aaron Aziz sebelum ini. Saya pasti ramai yang meletakkan harapan tinggi terhadap lakonan saya dan ia agak memberikan tekanan buat saya.
Sebab itu saya mengambil inisiatif untuk masuk kelas teater dan juga tolak beberapa tawaran lakonan untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap Hariz.
Teater Ombak Rindu bakal menemui penonton di Istana Budaya mulai 22 April hingga 1 Mei depan. Antara pelakon lain yang menjayakan teater berkenaan adalah Uqasha Senrose, Karl Shafek, Izzue Islam, Zarina Zainoordin, Zaidi Omar,Aris Lufias dan Ameer Forteen.