Written by AbangNara | June 19th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara sempat bertemu dengan seorang pelakon Malaysia yang sangat popular di Indonesia, Keith Foo. Kalau anda seorang peminat sinetron, sila tonton sinetron Cinta dan Anugerah yang kini sedang ditayangkan di Astro. Keith Foo yang berasal daripada Gemas, Negeri Sembilan turut berlakon di samping seorang lagi pelakon Malaysia, Ashraff Sinclair.

keith foo

Sepanjang pertemuan Abang Nara dengan Keith Foo, Abang Nara dapat rasakan betapa humblenya Keith Foo ini. Walaupun sudah 8 tahun menempa nama di Indonesia, Keith sangat merendah diri dan sangat-sangat mesra rakyat. Selain daripada Cinta dan Anugerah, Keith turut berlakon di dalam filem Mati Suri, Paku Kuntilanak serta banyak menjadi model di dalam iklan.

keith foo

Selepas 8 tahun mencari rezeki di Indonesia, Keith Foo memberitahu Abang Nara yang dia ingin pulang dan cuba memberi sesuatu kepada industri hiburan Malaysia. Abang Nara paling terharu apabila Keith memberitahu salah satu tujuan dia mahu pulang ialah kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama ibu dan ayahnya yang semakin dimamah usia. Memang family man sungguh Keith Foo ini.

keith foo

Selesai berborak, Abang Nara dapat merasakan yang Keith ada pakej yang membolehkan dia bersinar di dalam industri lakonan Malaysia. Yang penting, Keith memberitahu Abang Nara yang dia mahu dikenali kerana bakat lakonannya dan bukan kerana kontroversi murahan. Abang Nara dah tengok beberapa sedutan video lakonan Keith dan sememangnya lakonan Keith sangat superb.

keith foo

Kalau anda sudah terpikat dengan kekacakan Keith Foo atau ingin mengenalinya dengan lebih lanjut, boleh follow Twitter Keith Foo. Kalau anda seorang produser yang ingin mencari muka baru di dalam drama atau filem anda, boleh hubungi managernya terus di +6282112661979. Lagi 4 keping gambar Keith Foo dengan membaca entri ini sepenuhnya.

keith fookeith fookeith fookeith foo

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

60 responses to Keith Foo, Pelakon Malaysia Yang Popular Di Indonesia

  1. marini says:

    dia ni cina ke melayu?

  2. cisskek says:

    huhu..mmg die ade berlakon adegan 18sx gan dewi persik..ishhh.. nanti senang laa..dapat offer job kat mesia sbb die serba boleh..uhukss eeiiii…