Keith Foo Namakan Anak Sulung Skylar

Hiburan

Keith Foo Namakan Anak Sulung Skylar

Pelakon Keith Foo dan isterinya Kim Raymond telah memilih nama Skylar Raymond Foo buat anak perempuan sulung mereka yang dilahirkan pada 30 Mei lalu. Menurut Keith, kehadiran Skylar melengkapi kehidupan mereka suami isteri dan menambahkan lagi kebahagiaan keluarga mereka.

Advertisement

Kehadirannya cukup bermakna kepada kami. Dia sememangnya menambahkan lagi seri dalam kehidupan saya dan isteri.  Saya sendiri bagai tidak percaya kerana kini mempunyai ‘kekasih’ baharu selain isteri. Namun, kehadirannya jelas melengkapi lagi kehidupan kami berdua. Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata kegembiraan yang dirasakan sejak kehadiran Skylar.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Keith masih belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya itu kepada umum.

Kegembiraan menimang cahaya mata memang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Harapnya sedikit masa nanti Keith sudi untuk mendedahkan wajah anaknya dengan umum kerana peminatnya sudah tidak sabar untuk melihat wajah comel Skylar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...