Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond

Hiburan

Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond

Esok ialah 24 Jun. Kalau mengikutkan desas-desus yang bertebaran sebelum ini, esok adalah hari pertunangan Keith Foo dan kekasihnya, Kim Raymond. Kononnya majlis pertunangan ini akan diadakan di Publika dan kad jemputan telah pun diedarkan. Namun para gadis di luar sana bolehlah menarik nafas lega. Keith Foo menerusi BiPop semalam telah menafikan yang dirinya bakal bertunang.

keith foo nafi bertunang

Advertisement

Apa yang menarik mengenai penafian Keith Foo ini ialah ketenangannya menghadapi gosip sebegini. Respek Abang Nara dengan pelakon baru ini. Tak ada melenting, tak ada nak mengamuk dan tak ada nak makan hati. Ini barulah pelakon sejati kerana menyedari gosip sebegini adalah asam garam dunia hiburan. Kata Keith Foo:-

Bertunang? (ketawa) Saya pun tak tahu! Saya memang dengar ada yang cakap saya nak bertunang pada 24 Jun, ada pula khabar angin menyatakan 28 Jun. Saya sebagai empunya badan pun tidak tahu menahu soal pertunangan yang dihebahkan ini. Mungkin ada yang mahu menjadi penaja pertunangan saya kot… (berseloroh).

Mulanya terkejut juga apabila ramai kenalan bertanyakan hal ini. Ada yang sudah berkecil hati kerana saya tidak mengundang mereka. Saya sebenarnya tidak kisah, saya tidak akan menyorok hari bahagia saya, tentunya saya nak berkongsi perasaan gembira saya bersama teman baik dan peminat.

Diamond (Kim Raymond) biasa saja. Beliau sudah makin terbiasa dengan cerita yang disiarkan. Adatlah apabila berkawan dengan artis seperti saya, apa saa cerita kami pasti jadi bualan ramai.

Saya terlebih dulu dapat menerima situasi ini apabila bergelar pelakon. Saya sudah lama bersedia. Disebabkan itulah saya tidak melenting. Saya terima apa saja gosip yang menghimpit diri dengan hati terbuka. Bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Saya tidak pernah berfikir sejauh itu (ada pihak dengki dan ingin jatuhkan diri Keith). Bagi saya gosip sudah menjadi lumrah bagi seseorang artis. Saya pula tidak ambil kisah dan tidak rasa apa-apa.

keith foo

Kalau semua artis macam Keith Foo kan bagus? Alangkah indahnya dunia ini. Hehehe. Memang betul kata Keith Foo. Kalau takut nak dilanda gosip, janganlah jadi artis. Lebih baik jadi tukang masak atau kerja kat 7 Eleven je. Dunia artis biasalah gosip-gosip ini. Kalau kena sikit pun dah nak melenting, lebih baik berhenti jadi artis je. Tak gitu?

P.S: Gambar selfie ibu OKU tersebar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...