Sudah berkahwin hampir setahun, Keith Foo akhirnya merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau bersama isterinya, Kim Raymond sekitar awal tahun depan kerana pada waktu tersebut kedua-duanya tidak sibuk.
Kalau artis kahwin sahaja, mesti ada yang menjangka tentu majlis resepsi mereka hebat dan mewah bukan? Namun, Keith memberitahu beliau tidak mahu membazir dan mengidamkan sebuah majlis yang sederhana sahaja.
Pada mulanya kami ingin buat majlis tersebut pada tahun ini, namun kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga sudah masuk ke hujung tahun, jadi lebih baik kami buat awal tahun depan sahaja.
Majlis tersebut akan dibuat sederhana sahaja, saya rasa tidak perlu untuk membazir dengan mengadakan majlis mewah. Duit tersebut boleh simpan untuk masa depan daripada membazir.
Bercerita mengenai perkenalan beliau bersama isteri, Keith sebenarnya sudah mengenali Kim sejak 13 tahun lepas dan Keith cukup rapat dengan abang Kim sejak kecil lagi. Jelas Keith, isterinya itu seorang yang cukup menyokong karier beliau.
Saya dan Kim, kami sudah 13 tahun kenal. Sejak kecil saya memang rapat dengan abang dia dan kemudian mengenali dia. Apabila saya pulang ke sini selepas lama berkerja di Indonesia, kami berjumpa semula.
Dia seorang yang menyokong karier seni saya. Sekarang ini pun, dia yang mengurus dan ingatkan mengenai jadual saya. Cuma yang ketara perubahannya ialah tanggungjawab. Bukan hanya pada isteri tetapi kepada kedua belah pihak keluarga.
Keith dan Kim mendaftarkan perkahwinan mereka pada 21 Disember 2014.