Memang murah betul rezeki pendatang baru dunia hiburan Malaysia, Keith Foo dan Hanis Zalikha ini. Abang Nara pernah bertemu Keith Foo satu ketika dahulu dan orangnya memang sangat “down to earth“. 10 tahun mencari rezeki di Indonesia kini Keith Foo pulang ke Malaysia dan kini ialah artis naungan Astro.
Kini nama Keith Foo semakin popular dan mula dikenali ramai. Lakonannya memang hebat ditambah pula dengan wajah tampan. Memang lengkap pakej. Semoga kerjaya Keith akan lebih berkembang selepas ini. Mana tahu satu hari nanti akan jadi hero drama-drama dan filem-filem besar di Malaysia.
Sementara itu Hanis Zalikha yang mula mencipta nama menerusi drama Memberku Hawa turut sama dilantik menjadi artis naungan Astro. Hanis bukan sahaja boleh berlakon tetapi turut mampu mengacara dan ini dibuktikan menerusi program Mad Markets yang diterbitkan di TV9 tahun lepas.
Semoga kerjaya Keith Foo dan Hanis Zalikha akan terus berkembang di bawah jagaan dan didikan Astro. Teruskan menimba ilmu sebanyak mungkin. Teruskan bersikap rendah diri seperti sekarang. Good luck and all the best untuk anda berdua. Kredit gambar MalaysianDigest.