Pelakon Keith Foo, 41, mengaku telah menemui calon pasangan yang sesuai, iaitu Riena Diana, 28, yang disifatkan boleh melayan dan menyayangi anak perempuannya, Skylar Raymond Foo, 8, dengan sepenuh hati.
Keith berkata, dia gembira melihat hubungan akrab antara Riena dan Skylar yang terjalin secara semula jadi tanpa paksaan.
Katanya,
Dah dapat dah (Riena). Saya sangat happy bila mereka berdua jadi rapat.
Keith juga berkongsi bahawa Skylar selalu bertanya mengenai “aunty Riena” apabila dia datang ke rumah dan bermain bersama.
Keith menegaskan bahawa ikatan perhubungan tidak boleh dipaksa dan perlu berlaku secara semula jadi. Walaupun Skylar tidak pernah bertanya soal perkahwinan, kebahagiaan mereka ketika bersama adalah yang lebih penting.
Keith, yang pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada 2015 dan bercerai pada 2019, kini menjalin hubungan rapat dengan Riena sejak setahun lalu. Mereka berdua turut berlakon bersama dalam drama Toksik Cinta untuk TV3.