October 26th, 2015

Cinta. Cinta adalah satu keajaiban. Ia datang tanpa diminta. Kadangkala kita mencari cinta, tetapi tidak jua ditemui. Namun ia akan datang di kala kita tidak menduga. Amboi. Bermadah pula Abang Nara pagi-pagi ini. Bukan apa, Abang Nara sedih membaca kata-kata Neelofa di Berita Harian semalam. Mana tidaknya, hati Neelofa seolah-olah tertutup untuk bercinta lagi selepas perhubungannya dengan Hans Isaac menemui jalan buntu.

neelofa

Mungkin Neelofa masih belum dapat melupakan kenangan manis ketika bercinta dahulu. Namun rasanya sudah lama juga Neelofa solo. Mungkin sudah tiba untuk Neelofa membuka pintu hatinya. Abang Nara pasti ramai jejaka di luar sana yang sudi mencuri hatinya. Kata Neelofa:-

Hati saya belum dimiliki dan saya juga belum menemui sesiapa. Keinginan untuk bercinta itu belum tumbuh, apatah lagi merancang lebih jauh iaitu berumah tangga. Saya tida menyesali takdir yang tertulis, cuma ketika ini, saya tidak berminat untuk menjalin hubungan dengan sesiapa”

Keinginan untuk berkahwin juga sudah berarak jauh dari sudut hati. Mungkin ada yang tidak percaya jika saya katakan, ketika ini perasaan saya ke arah itu kosong. Itu kenyataannya hingga saya sentiasa berdoa supaya Allah hadirkan kembali ‘rasa’ yang sudah lama hilang

neelofa

Satu hari nanti, pasti akan muncul seorang jejaka yang akan berjaya menumbuhkan kembali rasa cinta di dalam hati Neelofa. Lagipun Neelofa sekarang ini masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan juga perniagaan. Jadi bagus juga hati tertutup untuk bercinta. Boleh fokus benda-benda lain dulu. Bila semuanya dah stabil, ketika itu bolehlah mencari cinta kembali. Tak gitu? Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...