Keikhlasan ‘Review’ Produk Di IG Dipertikai, Fizz Fairuz Balas Dengan Jawapan Padu!

Hiburan

Keikhlasan ‘Review’ Produk Di IG Dipertikai, Fizz Fairuz Balas Dengan Jawapan Padu!

Pelakon Fizz Fairuz menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir peniaga yang tampil mempersoalkan keikhlasan serta cara selebriti ketika mempromosikan produk di Instagram mereka.

Ujar Fizz, pakej promosi produk yang diberi artis adalah berbeza-beza dan peniaga sepatutnya tidak perlu mempersoalkan mengenai perkara itu.

Tambahnya lagi, dia bersedia untuk bertolak-ansur kerana berniat untuk menolong mereka di luar sana mendapatkan pendedahan mengenai produk yang dijual tambahan lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu kala ini.

Namun begitu, masih wujud peniaga yang mengambil kesempatan atas niat baik yang diberi dengan mendakwa ulasan produk yang diberi mereka tidak ikhlas.

Advertisement

“Tapi on side saya, Datin Almy, kami banyak membantu untuk buat review, tapi jangan ada yang ambil kesempatan bila kita dah bagi buat review dengan harga yang boleh bertolak ansur.”

Sehubungan dengan itu, Fizz meminta mereka di luar sana agar tidak mempertikaian keihklasan seseorang yang cuba menolong dan telah banyak bertolak ansur.

“Ini pun kita boleh bertolak ansur lagi tapi banyak pula songeh. Benda-benda macam ni akan jadi efek juga. Kita nak tolong, nak bantu orang dalam keadaan sekarang tapi banyak pula songeh kau.”

Tambahnya lagi, perkara-perkara seperti bersangka buruk dan bersikap negatif seperti itu boleh memberikan kesan buruk kepada perniagaan yang diusahakan.

Terdahulu, Fizz dan isterinya, pelakon Almy Nadia memang terkenal dengan kerajinan mereka membuat ulasan produk dalam usaha membantu para peniaga di luar sana mempromosikan produk jualan di Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...