‘Kehilangan’ Tuan ZRA Di Majlis Sambutan Kepulangan GSF Semalam Terjawab – “Tidak Mahu Pujian Melambung, Itu Bukan Dia”

Hiburan

‘Kehilangan’ Tuan ZRA Di Majlis Sambutan Kepulangan GSF Semalam Terjawab – “Tidak Mahu Pujian Melambung, Itu Bukan Dia”

Di sebalik laungan takbir dan sorakan orang ramai menyambut kepulangan wira-wirawati Global Sumud Flotilla (GSF) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam, seorang figura penting misi tersebut, Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) memilih untuk pulang secara senyap tanpa publisiti.

Menurut perkongsian di media sosial, Zainal yang berusia 58 tahun tiba di tanah air bersama 23 sukarelawan Malaysia yang lain, namun tidak muncul di khalayak sebaliknya terus pulang ke rumahnya dengan dibantu oleh rakan-rakan termasuk Syirfan Indra dan beberapa sahabat rapat.

Advertisement

Turut hadir ketika menyambut kepulangan beliau ialah saudara Nua, antara tulang belakang produksi ZRA Strim.

Sumber turut berkongsi bahawa keadaan fizikal Zainal kelihatan makin kurus dan keletihan, namun semangat perjuangannya tidak pernah luntur.

Tubuh Zainal makin kurus, riak keletihan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tapi itulah ZRA. Dia telah laksanakan apa yang dia percaya dan perjuangkan selama ini. Dia serahkan semuanya pada Allah yang Maha Esa.

Zainal juga dikatakan tidak mahu sebarang pujian atau sanjungan selepas kepulangannya.

@beritaalhijrah114

Replying to @a? Misteri ketiadaan Zainal Rashid Ahmad, wartawan ZRA Strim ketika kepulangan wira Global Sumud Flotilla terjawab. ZRA dilaporkan kepenatan dan mahu berehat, dijangkakan ZRA akan muncul dalam Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena Bukit Jalil.

? original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Jangan buang masa memuji dan menyanjung dirinya. Dia tidak mahu semua itu. Dan itu bukan dia!.

Untuk rekod, kesemua 23 sukarelawan GSF Malaysia termasuk selebriti Heliza Helmi, Ardell Aryana, Zizi Kirana dan Hazwani Helmi selamat tiba di KLIA malam semalam selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan antarabangsa yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza, yang berlepas sejak September lalu sebelum kapal mereka dipintas oleh tentera Israel pada 2 Oktober.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Yusuf bahrin zizi kirana
2025-10-08 08:06:12

"Tunggu Dekat Rumah, Ada Kejutan Untuk Dia" - Berpisah Lama, Yusuf Bahrin Ada 'Surprise' Buat Zizi Kirana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...