8 Mac 2014 adalah antara hari yang biasa di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pesawat MH370 berlepas seperti yang dijadualkan. Dengan membawa seramai 239 orang penumpang dan kru kapal, pesawat tersebut tidak mempunyai sebarang masalah teknikal sebelum berlepas.
Selepas 38 minit perlepasan, MH370 telah terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara dan ini telah mencetuskan sebuah misteri bencana pesawat yang terbesar dalam sejarah Malaysia. MH370 yang dijadualkan membuat penerbangan ke Beijing, China namun jejak pesawat jenis Boeing 777 langsung tidak dapat dikenalpasti.
Serpihan pesawat tersebut berkemungkinan telah berada di pantai di seluruh Lautan Hindi lebih daripada tiga tahun selepas pesawat itu hilang.
Lebih menyedihkan, pencarian pesawat yang hilang itu telah ditutup pada 2018. Sehingga kini, masih belum ada jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada MH370. Hampir sejurus berita kehilangan pesawat tersebut tersebar, pelbagai teori konspirasi telah bermula untuk dibincangkan.
Konspirasi melibatkan juruterbang
Pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Adakah juruterbang sengaja mengubah laluan dalam pembunuhan beramai-ramai membunuh atau pesawat tersebut telah dirampas? Adakah kawalannya dari jauh telah digodam dan mendarat dengan selamat tetapi di luar radar yang sepatutnya?
Kali terakhir pegawai di pusat kawalan trafik udara berhubung dengan kru kapal sebelum berlepas adalah 38 minit sebelum disahkan hilang dari radar tetapi dapat dikesan dengan menggunakan sistem ketenteraan untuk satu jam sebelum hilang lenyap begitu sahaja.
Pesawat itu juga telah menyimpang dari laluan yang dirancang untuk ke Beijing tanpa penjelasan daripada kru kapal di udara.
3 tahun selepas itu, serpihan badan pesawat yang dipercayai milik MH370 telah dijumpai di pantai sepanjang Lautan Hindi. Serpihan yang ditemui seolah-olah memberi satu gambaran penceritaan yang ngeri tentang apa yang telah berlaku kepada kesemua 239 orang penumpang dan kru kapal dalam penerbangan itu.
Hujung sayap MH370 ditemui terdampar di pantai Tanzania. Analisis pakar telah menunjukkan flap yang berada di sayap pesawat itu tidak digunakan. Ini bermaksud semua 239 orang di atas kapal menemui ajal dengan terjun ke dalam lautan.
Peter Foley, ketua pencarian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, mengesahkan bahawa flap itu tidak berada di kedudukan yang betul untuk pesawat itu mempunyai pendaratan terkawal. Data pesawat yang diperoleh juga mendakwa kelajuan pesawat semakin meningkat.
Kapten MH370 Zaharie Ahmad Shah diketahui sebagai seorang yang sudah berkahwin dan sejak beberapa tahun kehilangan pesawat tersebut, beliau seolah-olah telah dibuang daripada kehidupan keluarganya.
Ada khabar angin yang mengatakan meskipun beliau masih tinggal dengan isterinya, Faizah Hanun namun pasangan tersebut telah berpisah. Faizah Hanun telah disoal oleh polis Malaysia dan FBI sejak kehilangan MH370.
Faizah memberitahu pihak berkuasa bahawa suaminya itu banyak menghabiskan masa di rumah selama seminggu sebelum penerbangan tersebut dan meluangkan masa dengan simulator penerbangannya.
Terdapat juga dakwaan tentang suaminya yang mempunyai beberapa hubungan sulit namun mengelak untuk mendapatkan nasihat daripada kaunseling perkahwinan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
Malah, anak perempuan Kapten Zaharie, Aishah Zaharie juga berkata ayahnya bersikap luar biasa semasa panggilan terakhir mereka dan beliau kelihatan agak terganggu.
Walau bagaimanapun, keluarga Kapten Zaharie berkeras mengatakan bahawa dia tidak ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.
Salah seorang rakannya dan seorang kapten syarikat penerbangan yang lain menyifatkan perkahwinan Kapten Zaharie sebagai “buruk” dan mendakwa dia telah curang dengan beberapa orang pramugari. Dakwaan in dikuatkan dengan kenyataan bahawa isteri Kapten Zaharie tahu tentang kelakuan suaminya itu.