Kehilangan MH370, Penemuan Terbaru Mungkin Akan Menemukan Kembali Pesawat Terhempas

Berita

Kehilangan MH370, Penemuan Terbaru Mungkin Akan Menemukan Kembali Pesawat Terhempas

Masih menjadi misteri, kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang membawa 293 penumpang dan anak kapal akibat terhempas pada 8 Mac 2014 yang lalu menjadi tumpuan dunia semula berikutan penemuan baru yang dikemukan oleh seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey.

Menurut laporan BBC, Richard dilaporkan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk mengkaji tragedi MH370 itu dan telah ‘mengira’ kedudukan pesawat terhempas itu.

Advertisement

Richard Godfrey

Richard percaya pesawat jenis Boeing 777 itu telah terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Jurutera itu memberitahu BBC mengenai kajiannya itu dimana dia telah menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

MH370 Richard Godfrey

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR.” ujarnya.

Sehubungan itu, Godfrey berharap penemuan itu akan dapat memberikan sedikit kesimpulan dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap pesawat MH370 dan bagaimana peristiwa tragik seperti itu dapat dielakkan pada masa akan datang.

5 years ago

Kehilangan Pesawat MH370 Didakwa Kerana Masalah Peribadi Dihadapi Oleh Juruterbang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...