Kehidupan Seorang PA Tak Rasmi Abang Nara

Hiburan

Kehidupan Seorang PA Tak Rasmi Abang Nara

Siapa kata kerja jadi PA tak mencabar. Semenjak naik pangkat jadi PA tak bertauliah AbangNara ni, jadual harian sendiri memang kacau bilau dibuatnya. Sepanjang masa on call kot-kot boss mintak tolong tengokkan website Beautifulnara yang tak boleh masuk la. Pastikan boss tak lupa meeting dengan client. Tolong ingatkan boss temujanji dengan dental la. Ingatkan majlis-majlis yang boss kena hadir dan macam-macam lagi lah.

Itu baru deskripsi kerja harian. Belum masuk tugas- tugas khas macam kena cover event ikut boss, teman boss makan lunch, tengok movie, main bowling, pergi zoo, dan macam-macam lagi lah. Haih, nak resign nanti boss cari PA lain, haru jugak jiwa ni nanti. Nanti tak pasal-pasal sendiri yang jeles kalau PA boss cun melecun.

Advertisement

Masa dapat tahu boss kena pergi Bangkok 3 hari baru-baru ni memang rasa gembira habis dapat cutikan diri daripada jadi PA tak bertauliah. Boss pun tak boleh nak calling-calling sangat takot nanti bill telefon naik. Tapi 3 hari yang indah tu tak bertahan lama. Masuk je hari yang ke 3 boss dah hantar arahan ikut twitter macam kat bawah ni.
astro byond pvr

Masalah besar bila dapat arahan ni sebab waktu yang boss suruh jemput kat airport tu bertembung dengan waktu drama korea kegemaran saya. Hero korea paling hensem abad ini berlakon tu. Rugi la terlepas satu episod untuk menatap kehenseman dan kemachoan dia. Kalau tak pergi jemput boss pulak, nanti boss merajuk. Muncung panjang sampai boleh ikat riben.

Masa ni rasa separuh jiwa je nak pergi jemput boss kat airport, separuh lagi rasa nak tengok TV je. Tapi lepas teringat Astro Byond PVR boleh rakam rancangan yang saya nak, terus rasa senang hati nak jemput boss balik Bangkok. Ada Astro Byond PVR semua masalah setel!!!

astro byond pvr
Senang je rupenye nak rakam cerita pakai Astro Byond PVR ni. Ambil remote, pergi kat rancangan yang kita nak rakam, lepas tu tekan Record. Astro Byond PVR ni akan rakam cerita yang kita nak tu sampai habis. Masa tengah rakam ni, boleh je orang lain nak tengok rancangan yang lain. Tak payah tunggu, tekan rekod dan terus tinggal.  Bila balik dari airport nanti boleh la terus tengok drama korea tu. Tekan je Watch untuk tengok rancangan yang dirakam sebelum pergi tadi.

astro byond pvrJom pergi amik boss dulu. Cerita dapat tengok, boss pun tak  muncung muka. Terima kasih Astro Byond PVR.

astro byond pvr

p/s: Err… boss bila nak naik gaji?? hehe

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...