Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal Bukan Satu Bebanan – Fasha Sandha

Hiburan

Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal Bukan Satu Bebanan – Fasha Sandha

Sudah sembilan bulan pelakon Fasha Sandha bercerai dan memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal kepada dua orang anaknya iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Advertisement

Ramai sebenarnya yang bersimpati dengan nasib Fasha terutama sekali peminat tegar beliau. Namun, buat Fasha kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukanlah satu bebanan buat dirinya dan ia tidaklah terlalu berat seperti yang dianggap oleh masyarakat.

Sebenarnya dugaan sebagai seorang ibu tunggal tidak seperti yang orang lain fikirkan kerana jika kita berpegang kepada ajaran agama dan yakin semua yang berlaku ada hikmah, Insya-Allah akan rasa tenang. Apa yang paling penting kena teruskan kehidupan dan sentiasa positif.

Menurut Fasha, anak-anaknya adalah penguat semangat beliau untuk terus kekal tabah. Apa yang membuatkan beliau terharu ialah anak-anaknya begitu rapat antara satu sama lain meskipun mereka masih lagi kecil.

Saya perlu kuat kerana jika saya lemah mungkin saya senang ditindas tetapi Alhamdulillah Allah berikan saya dua kekuatan iaitu anak-anak saya.

Terharu juga saya kerana mereka disayangi oleh ramai orang malah mereka rapat dan manja dengan bekas suami walaupun kami tidak lagi bersama.

Pada masa yang sama, Fasha memberitahu beliau sudah bersedia untuk membuka pintu hatinya untuk bertemu dengan orang lain. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu terburu-buru mencari pengganti dan mahukan sebarang perasaan cinta dan jodoh datang secara semulajadi.

Macam mana sedih pun Fasha dengan penceraian lalu, ia tidak bermakna beliau harus terus berduka bukan? InshaAllah, mungkin pada masa hadapan Fasha akan bertemu dengan lelaki yang benar-benar dapat menjaga dan menyayangi anak-anaknya dengan baik dan berharap hubungan itu akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...