Kehidupan Penuh Masalah, Cik B Dedah Pernah Didera Pembantu Rumah

Hiburan

Kehidupan Penuh Masalah, Cik B Dedah Pernah Didera Pembantu Rumah

Tampil dengan lagu baru berjudul Tolonglah, Cik B dedah segala pengalaman ngeri sepanjang membesar seperti didera pembantu rumah dan konflik rumah tangga menjadi inspirasi wujudnya single sulungnya.

Advertisement

Kata Cik B, lagu genre rap itu ciptaannya bersama seorang teman dengan menampilkan idea gubahan lirik dan dilatari penyusunan video oleh ibunya Datuk Seri Vida dan dirinya sendiri.

“Saya harap orang menerima saya membawa lagu ini walaupun mungkin ada yang tidak percaya dengan kisah hidup itu kerana saya nampak ‘happy’. Memanglah dari kecil saya ibarat dulang emas tetapi apa yang orang tidak tahu, saya selalu kena kurung dan didera pembantu rumah dan bermasalah dengan ayah. Lagu ini mengenai hidup saya dari kecil hingga dewasa.”

Ujar Cik B, lagi tersebut sudah lama tercipta namun agak lama disimpan kerana beliau khabarnya belum temui keberanian untuk melancarkannya.

“Ia sepatutnya dikeluarkan lebih awal tetapi ketika itu saya belum bersedia kerana masih ada rasa malu dan takut untuk berdepan dengan media. Baru sekarang saya berasa okey sebab saya dah kurang malu dan saya percaya dengan diri sendiri sekarang.”

Dedah pelakon itu lagi, beliau langsung tidak kisah andai netizen tampil mengecam dan mempertikaikan bakat nyanyian yang cuba ditonjolkan.

Hal ini demikian kerana, beliau kini sudah lali dengan segala kutukan tersebut.

“Sejak berusia 12 tahun lagi saya selalu kena kecam. Jadi, sekarang sudah lali dengan kecaman. Saya bersedia untuk menyanyi secara ‘live’ kerana itulah suara saya, cuma saya hanya memakai sedikit ‘auto- tune’ kerana saya pelat ‘S’.”

Untuk rekod, lagu Tolonglah nyanyian Cik B ini telah trending nombor satu di Youtube dan meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan selepas dua hari dimuat naik di platform tersebut.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...