“Kehidupan Harian Di Sini Sudah Hampir Kembali Normal” – Sasha Saidin

Hiburan

“Kehidupan Harian Di Sini Sudah Hampir Kembali Normal” – Sasha Saidin

Pelakon dan penyanyi Sasha Saidin yang kini menetap di UAE memaklumkan bahawa kehidupan harian penduduk di sana hampir kembali normal selepas mencapai imuniti kelompok sejak pertengahan tahun lalu.

Sasha Saidin
2 years ago

"Saya Punya Firasat Kuat, Kita Akan Terima Vaksin COVID-19 Secara Tahunan" - Sasha Saidin

Advertisement

Walaupun kebanyakan penduduk di sana sudah lengkap dos vaksin, mereka tetap disarankan untuk mengambil vaksin penggalak bagi memastikan mereka mendapat perlindungan maksimum.

Sasha, 44, berkata dia bersyukur kerana dirinya telah divaksin terlebih dahulu setelah mendapat khabar berita seorang kenalan rapatnya disahkan positif Covid-19 malah rakannya itu kehilangan segala deria rasa dan bau.

Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, pelakon sensasi itu menjelaskan bahawa SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai.

Sasha Saidin

Sasha atau nama lengkapnya Sasha Binti Saidin telah menetap di UAE selama 2 tahun dan sudah mula sedar keadaan keseluruhan negara itu kembali seperti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk keluarga dan sahabat karib dari Malaysia untuk datang melawatnya di sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...