Bekas peserta program realiti Malaysian Idol musim pertama, Saiful Bakeri yang kini tampil sebagai seorang ‘wanita’, akui dirinya sedar akan kewujudan pihak yang kurang senang dengan golongan sepertinya.
Dalam masa sama, Saiful tetap memohon doa yang baik-baik dan terbuka menerima nasihat serta teguran daripada orang ramai, selagi ia bukan dalam bentuk kecaman keterlaluan.
Siapa yang suka tengok keadaan kita macam ini tapi lama-kelamaan mungkin mereka akan bosan. Bila saya tengok kecaman netizen, saya doa saja yang baik-baik.
Ada yang doa untuk saya yang baik-baik, mungkin Insya-Allah. Tapi yang beri kecaman melampau, bagi saya kehidupan kita ini macam roda. Kita pun tak tahu nasib kita macam mana, kita tak tahu satu hari nanti saya akan berubah. Semua orang ada kesalahan. Kita pun tak tahu pengakhiran kita macam mana.
Orang nampak kita jahat, tapi dalaman kita orang tak nampak.
Terdahulu, tular satu video menunjukkan penyanyi kelahiran Sarawak itu dipercayai Saiful menyanyikan semula lagu popularnya Ku Juga Mencintai Dirimu, sekali gus mencetuskan rasa rindu dan sebak dalam kalangan peminat.
Rakaman berdurasi seminit yang dimuat naik di TikTok itu memaparkan Saiful mendendangkan lagu berkenaan, membangkitkan nostalgia dalam kalangan warganet yang mengikuti kerjaya seninya sekitar awal 2000-an.
Meskipun penampilannya kini menerima pelbagai reaksi, namun rata-rata mengakui masih tersentuh dengan kelunakan suara penyanyi berusia 39 tahun itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.